Disini Dinklate ingin berkongsi tentang seorang pahlawan Negara telah meninggal,di petik daripada akhbar tempatan,jom baca seterusnya..
Kuching: Penerima tunggal dua pingat tertinggi negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, 68, menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung di rumahnya di Sungai Apong di sini, awal pagi semalam.
Pahlawan Negara itu bersama isterinya, Datin Brawang Anak Chunggut, 55, sedang menonton televisyen kira-kira jam 11 malam kelmarin, sebelum beliau mengadu sakit dada dan batuk beberapa kali.
Pengsan dan rebah
Brawang kemudian cuba membantu suaminya, namun Kanang pengsan dan rebah menyebabkan beliau terpaksa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) pada jam 1 pagi dan disahkan meninggal pada jam 1.45 pagi.
Brawang berkata, suaminya sebelum itu tidak pernah mengadu sakit malah mereka sepatutnya ke Kuala Lumpur bagi membantu promosi kopi yang menjadikan Kanang sebagai jurucakapnya.
“Kami sedang berehat seperti biasa sambil minum kopi dan menonton televisyen di ruang tamu sebelum Kanang berpeluh dan mengadu sakit dada. Saya cuba menyuruhnya minum tapi dia tiba-tiba pengsan.
“Ketika itu hanya kami berdua berada di rumah. Saya kemudian meminta bantuan jiran yang menghubungi ambulans sebelum Kanang dibawa ke hospital,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat HUS.
Kanang yang menamatkan perkhidmatan dengan pangkat Pegawai Waran 1 dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB) selepas terbabit dalam Ops Gerakan Khas Setia di Tanah Hitam, Perak pada 1980.
0 ulasan:
Post a Comment