Home » » Dimanakah Keistimewaan Burung Candik??

Dimanakah Keistimewaan Burung Candik??

Written By Unknown on Saturday, January 26, 2013 | 10:44 PM

Burung candik adalah suatu sukan orang Kelantan..ramai pengemar-pengemar burung candik memperhabiskan wang ringgit untuk haiwan kesayangan ini..kekadang mencecah ribuan ringgit seekor..kos makanan harian burung candik kekadang lebih wang belanja daripada tuannya..Burung Candik juga memberi kepuasan kepada peminat-peminat burung ini...jiwa terasa tenang....

KOTA BHARU 9 Mei - Kelunakan kicauan serta aksi 'galak' yang ditunjukkan oleh seekor burung candik di dalam sangkarnya, mungkin dianggap perkara biasa bagi sesetengah orang yang tidak tahu keistimewaan unggas itu.
Namun bagi penggemar burung candik, suara dilontarkan serta aksi galak yang ditunjukkan oleh burung itu, dianggap terlalu istimewa dan mempunyai harga tidak ternilai.
Perkara tersebut diakui sendiri oleh Abdullah Ismail, 60, salah seorang pengadil berpengalaman luas dalam mengadili serta menilai kehalusan seni suara dan aksi galak yang dipamerkan oleh burung candik setiap kali beraksi dalam satu-satu pertandingan.
Menceritakan pengalamannya lebih 25 tahun mengadili pertandingan seni suara burung candik, Abdullah berkata, proses untuk menilai dan mengadili kehalusan seni suara dan aksi burung itu memerlukan pengamatan serta fokus yang tinggi.
"Dalam menilai seni suara burung candik ini, terdapat sedikit perbezaan dengan seni suara burung-burung lain kerana burung ini mempunyai pelbagai 'air suara' dan disebabkan itulah, para pengadil perlu memberikan tumpuan penuh dalam proses pengadilan.
"Selain suara, turut diambil kira dalam proses penilaian ialah aksi galak yang ditonjolkan oleh burung tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Abdullah memberitahu, burung yang mendapat markah tinggi akan diumum pemenang dan jika terdapat markah yang sama, tiga burung terbaik akan dipilih dan diadili semula untuk menentukan juara.
Sejak kebelakangan ini, seni suara burung candik kembali mendapat tempat di kalangan peminatnya, buktinya Pesta Unggas Antarabangsa Kelantan 2011 di Arena Candik, Jalan Seri Cemerlang dekat sini baru-baru ini telah merekodkan penyertaan tertinggi iaitu lebih 1,000 ekor burung candik.
Presiden Persatuan Seni Suara Burung Candik Kelantan, Mohd. Arif Mohamad Yaacob berkata, berdasarkan jumlah penyertaan, ia menunjukkan seni suara burung kembali mendapat tempat di hati peminat dan masyarakat amnya.
Katanya, berdasarkan sokongan padu itu, pihaknya telah dan akan menjalankan lima pertandingan utama pada tahun ini, selain pertandingan pada hujung minggu, untuk menyemarakkan lagi seni suara burung candik.
"Selepas Pesta Unggas Antarabangsa Kelantan 2011, akan berlangsung pula pertandingan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Yang di-Pertuan Agong, Hari Kemerdekaan dan bagi merebut Piala Presiden persatuan," ujarnya.
Tambahnya, keunikan yang ada pada burung candik menyebabkan aktiviti membela burung itu yang suatu ketika dahulu hanya untuk mengisi masa lapang di kalangan penduduk kampung, kini menjadi hobi pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan elit.
"Biarpun harga seekor burung ada yang mencecah puluhan ribu ringgit, ia bukan alasan bagi peminat setia burung candik untuk memilikinya," katanya.
Sementara itu, seorang peminat, Rashid Sallon, 42, berkata, proses membela seekor burung candik tidak mudah terutama ketika hendak menyertai sesuatu pertandingan.
Jelasnya, pelbagai langkah perlu dilakukan ke atas burung terbabit antaranya faktor pemakanan yang teratur termasuk pengambilan ubat-ubatan dan vitamin untuk menjamin burung mampu mengeluarkan bunyi yang merdu dan lunak serta meningkatkan kesihatan unggas itu.
"Selain itu, burung-burung perlu dimandikan setiap dua kali sehari untuk memastikan ia sentiasa segar dan sihat serta bebas daripada sebarang penyakit," katanya.
Menurutnya, tidak semua burung mampu menghasilkan suara yang baik kerana ia turut ditentukan oleh faktor genetik.
"Selain itu, burung juga perlu dilatih dari segi keupayaan mengeluarkan lenggok, getaran suara dan sebagainya mengikut kriteria pertandingan," jelasnya.
Rashid memberitahu, dia mula berjinak-jinak dengan seni suara burung candik selepas tertarik dengan kelunakan suara serta aksi galak burung itu.
"Pada mulanya, saya hanya menyertai pertandingan di peringkat kampung. Baru-baru ini, saya telah menyertai Pesta Unggas Antarabangsa Kelantan 2011 bagi kategori burung candik. Alhamdulillah burung saya telah muncul naib juara.
"Kemenangan ini adalah yang terbesar pernah dicatatkan saya," katanya yang sudah tiga tahun berkecimpung dalam seni suara burung candik.







Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .