Home » » Mesir Bergolak Lagi

Mesir Bergolak Lagi

Written By Unknown on Wednesday, January 30, 2013 | 9:54 AM


KAHERAH- Presiden Mesir, Mohammed Morsi mengisytiharkan darurat di tiga bandar Mesir iaitu Port Said, Suez dan Ismalia selepas kejadian rusuhan yang mengakibatkan ramai yang terbunuh hujung minggu lalu. 
 
Beliau turut mengeluarkan perintah berkurung bermula jam 9 malam hingga 6 pagi selama 30 hari bermula hari ini.
 
Sekurang-kurangnya 33 maut pada hujung minggu lalu di Port Said.
 
Mohammed  berkata, beliau terpaksa mengambil langkah berkenaan demi Mesir kerana ia juga merupakan salah satu tanggungjawab beliau sebagai presiden.
 
“Langkah ini perlu diambil bagi menghentikan pertumpahan darah dan saya tidak teragak-agak untuk melindungi rakyat saya sendiri jika perlu.
 
“Saya mesti melakukan perkara ini demi Mesir. Ini merupakan kewajipan saya dan saya tidak akan teragak-agak,” katanya.
 
Di ibu kota Kaherah, penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan berhampiran Dataran Tahrir selama empat hari berturut-turut.
 
Kira-kira 30 maut akibat kecederaan parah dan sesak nafas Sabtu lalu diikuti tiga lagi kematian semalam.
 
Protes berlaku selepas mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap 21 warga tempatan yang maut kerana terlibat dalam keganasan bola sepak setahun yang lalu.
 
Pembangkang liberal pula terus menuduh Morsi sebagai autokratik melalui perlembagaan baru yang tidak melindungi rakyat sepenuhnya.
 
Kerajaan turut dipersalahkan akibat krisis ekonomi berpanjangan.

Semoga Mesir dapat selesaikan masalah tersebut..

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .