Tujuh syarikat itu terdiri daripada Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Clixster,
Rahman berkata, tujuh syarikat berkenaan perlu memaklumkan model telefon pintar
itu kepada SKMM sebelum menawarkan kepada belia yang layak.
"Selepas SKMM mendapat senarai model telefon bimbit tersebut, SKMM akan
menggabungkan senarai berkenaan untuk syarikat telekomunikasi keluarkan pada
laman web masing-masing. SKMM akan pantau dari segi jenama yang sesuai,
harga berpatutan dan tidak ada kes telefon tiruan.
"Model telefon pintar ini di setiap penjual yang dilantik mungkin berbeza
antara satu sama lain. Tidak semua penjual mempunyai semua jenis telefon bimbit
yang belia mahukan," katanya di sini, hari ini.
Sebelum ini, Jemaah Menteri bersetuju supaya belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.
Dalam pada itu, Sheikh Raffie menasihati golongan belia supaya bersabar ketika membuat permohonan secara online di laman web skmm.gov.my untuk mendapatkan rebat RM200 itu.
"Oleh kerana terlalu ramai mengakses laman web kita pada satu-satu masa yang
menyebabkan sistem menjadi perlahan. Kalau mengalami kesukaran jangan berputus
asa dan jangan pula cuba klik banyak kali, masuk online semula dan buat
permohonan," katanya.
Beliau berkata, SKMM akan terus memperbaiki dan memantau sistem permohonan
online itu dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kepuasan semua pihak.
Katanya, setakat jam 8 pagi tadi, seramai 22,000 pemohon sudah mendapat kelulusan menerima rebat RM200 itu. - BERNAMA
Sama-sama jaga telifon..
0 ulasan:
Post a Comment