Lebih hangat apabila Fadzil yang juga adik kepada aktor, Farid Kamil dikatakan sanggup menghantar Yana ke lokasi penggambaran dan pernah juga menghantar Yana ke sebuah syarikat penerbitan untuk melakukan sesi fotografi.
Pertemuan Zass dengan Fadzil dalam majlis hiburan, baru-baru ini memberi peluang buat Zass bertanya sejauh mana kebenaran itu.
“Saya dan Yana bukan baru kenal. Saya kenal dia semenjak kami terlibat dengan pembikinan filem V3: Samseng Jalanan, pada 2009.
“Malah, sepanjang mengenali dia, saya menyenangi sikapnya dan kagum dengan semangatnya yang kuat bekerja dan pernah bekerja sehingga 33 jam lamanya.
“Namun, gosip yang mengatakan kami bercinta tidak benar. Buat masa ini, saya dan dia hanya berkawan baik sahaja,” jelasnya.
Menyentuh mengenai perkembangan seninya, Fadzil berkata, dia kini sedang menyiapkan skrip filem aksi, Bodyguard Dari Kedah yang akan menyaksikan pengarah, Hashim Rejab dan abangnya, Farid berganding bahu untuk mengarahkan filem tersebut kelak.
0 ulasan:
Post a Comment