Home » , » Akhir Setia Hujung Nyawa Tarik Empat Juta Penonton

Akhir Setia Hujung Nyawa Tarik Empat Juta Penonton

Written By Unknown on Monday, February 18, 2013 | 3:31 PM


Drama bersiri yang telah mencetuskan fenomena, Setia Hujung Nyawa sekali lagi mencipta sejarah apabila episod terakhir yang ditayangkan baru-baru ini berjaya meraih penonton sebanyak empat juta tontonan. 
Selain itu, lebih dua juta tontonan video secara ‘catch-up’ telah direkodkan sepanjang 6 minggu siaran drama ini berlangsung di TV3 dan Tonton. 
 
Selain itu, menerusi capaian 'TV Everywhere' di portal Tonton sahaja, sejumlah 326,000 tontonan telah dicatatkan. Manakala sejumlah 700,000 paparan halaman (page views) turut dilihat menerusi laman 'Setia Hujung Nyawa' yang diwujudkan khas untuk meraikan para peminat drama popular ini.

Kini, slot Akasia telah diisi dengan tayangan drama terbaru yang berjudul 'Rindu Bertamu Di Abu Dhabi' yang membariskan pelakon terkenal tanahair seperti Fahrin Ahmad, Dato’ Rahim Razali, Tasha Shila, Fouziah Gous, Shahrizal Jaszle, Aiman Hakim Ridza, Lydiawati, Syatila Melvin, Elyssa Murni Johari dan ramai lagi bermula 11 Februari lalu.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .