Home » , » Gabungkan Tiga Pelakon Hebat - XOXO

Gabungkan Tiga Pelakon Hebat - XOXO

Written By Unknown on Monday, February 18, 2013 | 3:36 PM


Kepada peminat setia pelakon Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Nadiya Nisaa, jangan lupa menyaksikan sebuah telefilem hebat yang akan disiarkan di TV9 berjudul 'XOXO'. Telefilem arahan Kabir Bahtia ini akan ditayangkan dalam slot 'Skrin Di 9' pada 30 Januari ini, jam 8.30 malam. 
'XOXO' mengisahkan hubungan percintaan jarak jauh antara Haziq(Remy Ishak) yang berada di London manakala, Aleesha (Tiz Zaqyah) teman wanitanya yang telah dikenali melalui laman sosial Facebook berada di Malaysia dan bekerja di sebuah syarikat pengiklanan.
 
Kerana tidak sabar menunggu kepulangan kekasihnya pulang ke Malaysia, Aleesha telah pergi ke London untuk membuat kejutan sekali gus bertemu Haziq buat pertama kali. Sebaik tiba di London, Aleesha hampir pitam apabila diberitahu oleh rakan serumah Haziq bernama Johan (Josiah Hogan) bahawa Haziq telah pulang ke Malaysia!

Keadaan menjadi rumit apabila dompet serta passport Aleesha tertinggal di dalam teksi yang dinaikinya dan terpaksa menumpang di rumah Johan. Johan berjanji akan membantu Aleesha walaupun sebenarnya dia mempunyai niat lain untuk mempergunakan Aleesha.
 
Haziq pula menghadapi dilema apabila kepulangannya ke Malaysia hanyalah untuk dijodohkan oleh pilihan neneknya. Haziq menolak dan menyatakan dia akan membawa Aleesha untuk bertemu dengan neneknya.
 
Haziq pergi ke rumah Aleesha tanpa mengetahui yang Aleesha sudah pun berada di London sebaliknya hanya menemui Dahnia (Nadiya Nisaa), rakan serumah Aleesha yang berpewatakan pelik dan berimej emo serta dingin terhadap lelaki. Haziq tiada pilihan lain selain meminta pertolongan daripada Dahnia untuk menyamar sebagai Aleesha dan sanggup membayar upah yang tinggi asalkan Dahnia sudi untuk bertemu dengan neneknya.
 
Apakah yang terjadi seterusnya? Jangan lupa menyaksikan 'XOXO' pada 30 Januari ini, jam 8.30 malam hanya di TV9.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .