Home » , » Bakat Penghibur Jalanan Di Naik Taraf

Bakat Penghibur Jalanan Di Naik Taraf

Written By Unknown on Monday, February 18, 2013 | 9:01 PM


Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menyediakan satu lokasi khas di Bangunan Sultan Abdul Samad untuk penghibur jalanan menjalani latihan kesenian mereka.
  
Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tempat itu akan diubahsuai mengikut citarasa penghibur jalanan yang sebilangan besarnya terdiri daripada golongan muda, meliputi bilik pengurusan dan latihan.
   
"Penghibur jalanan ini mempunyai bakat muzik yang hebat dan unik serta kebolehan mereka untuk menghiburkan masyarakat dan menjadi duta kecil kepada Malaysia.


   "Kita juga berharap penghibur jalanan ini akan dapat membuat persembahan di negari-negeri lain yang menjadi tarikan pelancong," katanya ketika berucap melancarkan Malam Penghibur Jalanan 1Malaysia di perkarangan Dataran Pavillion, baru-baru ini. 
Rais berkata sekiranya penghibur jalanan itu diberi peluang dan bantuan untuk mengembangkan bakat seni, mereka juga akan menjadi penghibur jalanan yang profesional seperti penghibur jalanan di Londan dan Paris.
Pengiktirafan kerajaan kepada penghibur jalanan bukan sahaja dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan mereka, malah ia sekaligus dapat menolak pandangan negatif masyarakat kepada golongan itu.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .