Home » , » Ditawan Pengkalan Udara - Betul Ke Ni?

Ditawan Pengkalan Udara - Betul Ke Ni?

Written By Unknown on Monday, February 18, 2013 | 10:10 PM


DAMSYIK 16 Feb. - Pemberontak Syria menawan sebuah pangkalan udara tentera di utara negara ini semalam dan bersiap sedia melancarkan serangan besar-besaran ke atas pengikut setia Presiden Bashar al-Assad ketika kumpulan itu menolak mengadakan rundingan dengan kerajaan.

Pemberontak daripada pergerakan Barisan al-Nusra Islam dan batalion Muhajirin, menawan pangkalan udara di daerah al-Safira, timur Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo, selain merampas sejumlah besar peluru simpanan, menurut Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia.

Kumpulan aktivis yang beribu pejabat di Britain itu turut melaporkan berlaku pertempuran di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo, selain di sekitar pangkalan udara Nayrab serta satu lagi kompleks tentera ketika kedua-dua pihak bersiap sedia untuk bertempur secara besar-besaran.

"Tentera membedil kawasan sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo dan pangkalan udara Nayrab semalam, manakala pemberontak menggunakan roket buatan sendiri untuk mempertahankan Nayrab.
"Tentera sedang bersiap sedia melancarkan operasi berskala besar untuk menawan semula Pangkalan 80," tambah kumpulan aktivis itu yang merujuk kepada kompleks tentera merangkumi Nayrab dan lapangan terbang Aleppo.

Pemberontak menawan pangkalan itu Rabu lalu selepas satu pertempuran yang menyebabkan sekurang-kurangnya 150 maut daripada kedua-dua pihak, termasuk pegawai kanan tentera.

Sementara itu, kereta kebal tentera membedil bandar Khan Sheikhun di wilayah Idlib, menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang awam maut.

Menurut pertubuhan pemantau itu, sekurang-kurangnya 107 orang maut akibat keganasan di seluruh Syria, semalam. - AFP

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .