PENYANYI terkenal Indonesia, Rossa akui belum bersedia untuk menyertai politik meskipun mempunyai asas dalam bidang tersebut.
Sebelum ini, Rossa dikhabarkan telah ditawarkan bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Menurut Rossa, tanggungjawab sebagai wakil rakyat terlalu berat untuk dipikulnya.
“Untuk bertanding dalam pilihan raya, saya rasa saya belum bersedia. Meskipun saya ada asas dalam bidang politik tetapi untuk saat ini, saya mahu fokus pada muzik.
“Terlalu berat tanggungjawabnya...saya belum pintar. Tanggungjawab kepada masyarakat akan ada pada diri saya, jadi, saya rasa saya belum bersedia,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas selesai membuat persembahan di Konsert Nusantara, malam tadi.
Meskipun mengaku belum bersedia saat ini, namun penyanyi Pudar ini tidak menolak mentah-mentah.
“Belum tahu lagi. Kalau saya rasa saya mampu untuk mengambil amanah itu, insya-ALLAH,” katanya.
Rossa merupakan pelajar lulusan dari Universitas Indonesia, Fakultas Ilmu Sosial dan Politik.
Dalam perkembangan lain, Rossa kini sedang sibuk mengendalikan program realiti TV, X Factor Indonesia.
“Saya sibuk mengendalikan rancangan X Factor Indonesia. Saya menjadi juri dan mentor kepada tiga peserta, Fatin Shidqia, Syena Malsiana dan Yohanna Febianti.
“Saya memilihkan baju dan membuat susunan muzik untuk mereka. Setiap hujung minggu saya sibuk sampai bulan Mei,” katanya yang sempat memuji peserta X Factor tersebut.
0 ulasan:
Post a Comment