Home » , » Chelsea di ambang penyingkiran

Chelsea di ambang penyingkiran

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 12:19 AM

JUARA bertahan, Chelsea bakal tersingkir awal dalam kejohanan Liga Juara-Juara musim ini selepas kecundang 0-3 di tangan Juventus pada aksi yang berlangsung di Turin, awal pagi semalam.

Penjaga gol The Blues, Petr Cech melihat kekalahan itu sebagai kekecewaan terbesar dalam hidupnya.

"Kami ada beritahu sebelum permainan bahawa kami yang akan menentukan destinasi pasukan selepas ini. Sekarang, kami sudah kalah dan berada di zon penyingkiran saingan Eropah.

"Kami harus realistik dan Juve juga mahu mencatat kemenangan pada peringkat terakhir kumpulan. Shaktar sudah pasti layak ke pusingan kedua, namun kami perlu ubah keputusan ini daripada berlaku," katanya.
Tambah Cech, adalah menjadi saat paling menyedihkan kerana pada musim lalu muncul juara. Itu saya cakap, kekalahan ini satu kekecewaan terbesar bagi kami," katanya.

Chelsea tiada pilihan lain kecuali mengatasi pasukan tercorot, Nordsjaelland di Stamford Bridge pada 16 Disember depan.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .