Home » , » Liga Juara-juara: Permainan belum tamat, kata Arturo

Liga Juara-juara: Permainan belum tamat, kata Arturo

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 12:16 AM

KEMENANGAN selesa Juventus ke atas Celtic pada pusingan pertama peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah awal pagi semalam, menyaksikan skuad kendalian Antonio Conte menjadi calon pilihan mara ke peringkat separuh akhir.

Skuad The Old Lady kini hanya perlu mempertahankan kelebihan tiga gol pada aksi timbal balik di Turin, 7 Mac depan.

Andai tewas dua gol tanpa balas, Juventus tetap melangkah ke peringkat seterusnya.

Bagaimanapun, tonggak Juve, Arturo Vidal mengingatkan rakan sepasukannya untuk tidak memandang ringan cabaran Celtic kerana percaya skuad kendalian Neil Lennon itu mampu melakukan kejutan di Turin.

"Permainan belum tamat. Masih ada 90 minit lagi sebelum kami benar-benar melangkah ke separuh akhir.
"Menentang Celtic bukan tugas mudah. Pasukan itu amat liat untuk ditundukkan," katanya.

Pada perlawanan itu Alessandro Matri, Claudio Marchisio dan Mirko Vucinic muncul penjaring buat Juventus.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .