Home » , » CIMB Niaga untung Rp4.23 trilion

CIMB Niaga untung Rp4.23 trilion

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 11:02 PM

PT Bank CIMB Niaga Tbk (CIMB Niaga) mencatatkan keuntungan bersih yang telah di audit  sebanyak Rp4.23 trilion (RM1=Rp3125.89) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 iaitu peningkatan sehingga 33 peratus daripada tempoh sama bagi tahun sebelumnya.

Jumlah itu diterjemahkan kepada pendapatan sesaham (EPS) sebanyak Rp168.44 dan pulangan atas ekuiti (ROE) bagi pemegang saham 20.88 peratus untuk tahun kewangan berakhir penghujung 2012 di mana ia angka yang tinggi berbanding 2011.

Pendapatan operasi pula meningkat sebanyak 24 peratus daripada tahun ke tahun kepada Rp12.88 trilion yang sepadan dengan pertumbuhan kewangan bersih 33 peratus.

Peningkatan pendapatan berasaskan fi yang meningkat dilihat sebagai faktor yang membawa peningkatan hasil sebanyak 29 peratus kepada Rp3.17 trilion bagi tahun kewangan tersebut.

Perbelanjaan operasi juga diurus dengan baik yang mana ia hanya meningkat kepada 15 peratus sahaja berbanding tahun sebelumnya.

Tahun lalu, CMIB Niaga mengekalkan kedudukannya sebagai bank kelima terbesar di Indonesia daripada aspek saiz aset. Jumlah aset bank ini mencecah Rp197.41 trilion pada 31 Disember 2012 iaitu peningkatan 18 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Daripada semua segmen perniagaan CIMB Niaga, perbankan komersial mencatatkan pertumbuhan tinggi iaitu 22 peratus kepada Rp57.77 trilion.

Segmen perbankan pengguna dan korporat pula dengan pinjaman teragih mencapai jumlah terkumpul Rp44.10 trilion (pertumbuhan 14 peratus) dan Rp43.52 trilion (pertumbuhan 9 peratus).

Pengarah Presiden CIMB Niaga, Arwin Rasyid berkata, 2012 adalah tahun yang baik buat mereka meskipun di tengah-tengah kelembapan ekonomi global.

Menurutnya, kredit mikro dan pinjaman peribadi muncul sebagai segmen perniagaan yang mencatatkan pertumbuhan kukuh.

“CIMB Niaga komited untuk terus membangunkan produk dan perkhidmatan bagi perniagaan mikro dan kecil di Indonesia, tanpa berkompromi dengan kualiti kredit.

“Inisiatif kami mematuhi peraturan Bank Indonesia dengan mempunyai portfolio berian pinjaman minimum 20 peratus daripada jumlah pinjaman diserap oleh pelanggan perusahaan mikro dan kecil pada 2018 akan dilaksanakan secara berperingkat,” katanya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .