Home » , » Giliran Shazwan disingkirkan

Giliran Shazwan disingkirkan

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 10:47 PM

JIKA minggu lalu menyaksikan Mohd Taqwudin Mohd Yazid meninggalkan pentas Da'i, minggu ini giliran Shazwan pula tersingkir dari program realiti agama terbitan Media Prima, TV3 itu.

Menurut penerbitnya Shukri Ibrahim, penyingkiran dilakukan berpandukan tahap dan prestasi setiap peserta.

"Harapan saya, Shazwan tidak putus asa dan teruskan dakwahnya di luar selepas ini," katanya.

Tanpa Shazwan, kini hanya tinggal 10 peserta sahaja menjalankan tanggungjawab mereka untuk bergelar Da'i: Pendakwah Milenia.

Diharap 10 peserta ini, Nasaruddin Samsudeng, Che Faizal Amir Che Mat, Noraida Jamlie, Mohamad Azamudin Zainal, Mohd Hazwan Padzil, Muhammad Haizat Kamaruddin, Khairul Anwar Samsuri, Ahmad Abdullah, Nor Adibah Razain dan Muhammad Tajdid Hadhari Romli akan terus komited.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .