Home » , » Empat sekawan dituduh menyamun

Empat sekawan dituduh menyamun

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 3:16 AM

BUTTERWORTH - Empat sekawan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan melakukan samun berkumpulan terhadap seorang lelaki di sebuah kafe di Nibong Tebal, dekat sini, pada 2 Februari lalu.

Bagaimanapun kesemua tertuduh, R Sarvinraj, 18, K Thevan, 26, P Theban, 21, dan M Vijayakanth, 20, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas menyamun seorang lelaki mengakibatkan mangsa mengalami kerugian RM1,000.


Keempat-empat mereka didapati melarikan sebuah telefon bimbit jenis Samsung Galaxy Y, pemain cakera video digital (DVD), sebuah amplifier, sehelai seluar jeans dan wang tunai RM240.
Kesemua tertuduh secara bersama melakukan perbuatan itu kira-kira jam 4.10 pagi di sebuah kafe di Air Melintas, Jalan Besar Nibong Tebal.

Pertuduhan dikenakan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun menggunakan senjata berbahaya dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pengendali kes iaitu Timbalan Pendakwa Raya, Fauziah Daud menawarkan ikat jamin RM10,000 ke atas setiap tertuduh, tetapi mahkamah kemudian membenarkan mereka dibebaskan dengan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, akibat gagal menjelaskan wang jaminan, kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam, dipenjarakan sementara menanti sebutan semula kes pada 21 Mac ini.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .