Home » , » Festival Filem Malaysia Ke 25

Festival Filem Malaysia Ke 25

Written By Unknown on Tuesday, February 19, 2013 | 7:12 PM


SELEPAS penetapan tarikh penganjurannya tertangguh dua kali sebelum ini, Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) diumumkan akan berlangsung 2 Mac ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamarudin Siaraf ketika melancarkan Intensif Produksi Filem Malaysia (Fimi) dan Pengumuman Malam Anugerah dan Perasmian FFM25 di Perbadanan Kemajuan Filem Negara Malaysia (Finas).

Pengerusi Finas, Datuk Md. Afendi Hamdan berkata, tidak akan berlaku sebarang perubahan tarikh malam anugerah selepas ini.

"Finas, memang kalau boleh, hendak laksanakan tahun lalu tetapi disebabkan pertukaran pengurusan, jadi...tak perlulah dipanjangkan.

"Tak akan ada perubahan tarikh selepas ini. Lambat pun ada hikmah dan tidak ada konspirasi untuk melambat-lambatkan FFM25 ini,” katanya dalam sidang media di ibu negara, hari ini.
Malam anugerah FFM kali ini juga akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh pula berkata, pihaknya teruja atas kerjasama dengan RTM bagi siaran malam anugerah tersebut.

“Astro teruja atas kerjasama dengan RTM untuk FFM. Kami seronok dapat sama-sama memikul tanggungjawab,” katanya.
Sementara itu, ketika dibangkitkan persoalan tarikh berlangsungnya FFM26 pula, pihak Finas akan berbincang bagi menentukan sama ada melangsungkannya pada tahun ini atau tahun depan.

Sebanyak 18 anugerah perdana bakal disampaikan pada malam anugerah yang mengangkat tema Merayakan Perak Mengilhamkan Emas itu.

Perasmian FFM25 pula akan berlangsung pada 27 Februari ini dan 11 Anugerah Cipta akan disampaikan.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .