Home » , » Impian Untuk Mendapatkan Zuriat Sendiri - Umie Aida

Impian Untuk Mendapatkan Zuriat Sendiri - Umie Aida

Written By Unknown on Thursday, March 21, 2013 | 11:01 AM

Kalau dah ada cita-cita , moga di makbulkan Tuhan dengan hasrat yang baik-baik..

Setiap pasangan berkahwin, pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata untuk menyerikan lagi rumah tangga mereka. Begitu jugalah yang dirasai oleh Datin Paduka Umie Aida dan suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan.

Biarpun sudah mempunyai dua anak angkat, Mohd Daniel Firdaus, 20, dan Mohd Dzulhelmy, 19, namun keinginan untuk memiliki anak sendiri tetap ada.

Justeru sempena menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-3 pada 14 Mac lalu, Umie berharap dia dan suami akan segera dapat menimang cahaya mata.

“Alhamdulillah, rasa sekejap sahaja masa berlalu, tidak sangka usia perkahwinan kami sudah masuk tiga tahun. Saya rasa seperti baru tiga hari sahaja kami bersama.

“Saya harapkan supaya hubungan kami ini akan kekal bahagia sehingga ke akhirnya. Cuma sekarang, saya masih berdoa supaya ALLAH memberi kami rezeki anak untuk rumah tangga kami, jika diizinkan,” katanya kepada media selepas Majlis Tayangan Khas Media Filem Sembunyi: Amukan Azazil di Cathay Cineleisure e@Curve, Damansara, malam semalam.

Menurut Umie atau nama sebenarnya Umie Kalsum Rahmad Ali, 40, dia tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan zuriat dan turut mendapatkan nasihat doktor.

"Saya tidak pernah buat rawatan perubatan secara tradisional, tetapi banyak merujuk kepada perubatan moden dan mengambil vitamin serta ubat hormon.

"Doktor ada juga nasihatkan saya supaya banyak berehat agar mudah untuk menimang cahaya mata. Tapi agak payah kerana saya bukan jenis suka duduk diam.

"Jika tiada penggambaran, saya akan aktif bermain badminton dan turut mempunyai kelab sukan bernama Sutera dan ianya turut disertai oleh selebriti-selebriti tanah air,” jelasnya lagi.


Terseksa dek silikon

Berkongsi pengalamannya berlakon di bawah Khabir Bhatia, Umie berkata, dia terpaksa melalui cabaran apabila perlu menggunakan topeng silikon dalam beberapa babak dalam filem Sembunyi: Amukan Azazil.

“Saya perlu memakai topeng silikon, itu antara cabarannya. Bayangkanlah, solekan saja dah memakan masa dua jam. Kemudian saya kena pakai topeng itu dari petang hinggalah ke malam.

“Bila kita berpeluh membuatkan topeng tu mudah terkopek dan serpihannya tanggal, jadi terpaksa di 'touch-up' beberapa kali. Selain itu, faktor cuaca juga beri cabaran kerana setiap petang ketika penggambaran pasti hujan," katanya.

Bagaimanapun, Umie enggan bercerita mengenai wataknya dalam filem berkenaan kerana mahu memberi kejutan kepada penonton.


Terbit teater

Dalam perkembangan lain, Umie baru sahaja selesai menjalani penggambaran Aku Tahu arahan Erma Fatima yang turut menampilkan Erra Fazira dan Aqasha.

Selain itu, Umie juga turut merancang untuk lebih aktif dalam pementasan teater pada tahun ini.

“Insya-ALLAH, tahun ni memang saya nak lebih banyak menerbitkan teater. Ada satu teater yang akan diterbitkan tak lama lagi. Tapi judulnya, saya mahu rahsiakan terlebih dahulu.

“Teater ni di bawah terbitan syarikat Friendsis iaitu syarikat milik saya dan Erra Fazira. Sebelum ni, kami dah terbitkan teater pertama iaitu Badai Semalam," katanya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .