Home » , » Juara Idola Kecil Musim Kelima - Farra

Juara Idola Kecil Musim Kelima - Farra

Written By Unknown on Monday, February 18, 2013 | 4:24 PM


Konsert akhir Idola Kecil 5 yang berlangsung baru-baru ini menyaksikan Farra (Farranisha Shazwany binti Mohd Faizul) dinobatkan sebagai juara musim kelima. 
Lagu 'Listen' (Beyonce) dan lagu baru 'Anugerah' yang dicipta sendiri oleh komposer Alfa Booty dan lirik oleh Tisha ini telah memberi tuah kepada Farra yang bersuara lantang dan lunak ini. 
 
Darling (Wan Adlyn Massyah binti Mohammad Shah) pula telah berjaya meraih tempat kedua dengan menyanyikan lagu 'Kau Yang Terindah' (Alyah) dan lagu baru, 'Pelangi Dan Rembulan' (hasil nukilan Alfa Booty dan Ad Samad). 
 
Sementara itu, Zul (Muhammad Zulfeka bin Nasrul (Zul) yang telah berjaya mendapat tempat ketiga dengan membawakan dua lagu iaitu 'Aku Yang Tersakiti' (oleh Judika) dan lagu baru 'Inspirasi' hasil nukilan Rumie dan Dhia. 


Saingan sengit turut diberikan oleh Ben (Muhammad Benladin bin Munshi) dan Tisyia (Nur Adlina Batrisya binti Zuraimi). Mereka juga telah memberikan persembahan terbaik di konsert akhir yang lalu, namun nasib tidak menyebelahi mereka.


Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .