Home » , » karaoke haram kena serbu - Kota Bharu

karaoke haram kena serbu - Kota Bharu

Written By Unknown on Thursday, February 14, 2013 | 1:59 AM


Taktik sebuah pusat karaoke yang berselindung di sebalik kelab rekreasi di Taman Mek Tit, Chicha Kubang Kerian berjaya dikesan sepasukan anggota polis cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK) dalam serbuan dilakukan terhadap premis itu kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin.

Operasi diketuai Inspektor Muazzam Zaaban bersama tujuh anggota itu dijalankan atas maklumat awam terhadap pusat berkenaan yang merupakan sebuah banglo didiami sepasang suami isteri dan diubah suai dengan tiga bilik khas dilengkapi peralatan karaoke.

Pegawai Turus D7, Asisten Superintendan Nik Rosdi Nik Yahya berkata, semasa menyerbu premis itu, seramai 14 pelanggan terdiri daripada enam lelaki dan lapan perempuan berusia dalam lingkungan 22 hingga 60 tahun sedang asyik berhibur dalam tiga bilik tersebut.

“Dalam serbuan itu, kita menahan seorang lelaki yang merupakan pemilik banglo berkenaan berusia dalam lingkungan 40-an bersama semua pelanggan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk siasatan lanjut.

“Pemilik terbabit ditahan di bawah seksyen 6(1) enakmen hiburan dan tempat hiburan Kelantan kerana menjalankan aktiviti terbabit tanpa permit yang sah,” katanya kepada pemberita, semalam.

Nik Rosdi berkata, semua peralatan karaoke, seperti televisyen, pemain video cakera padat (DVD) dan pembesar suara termasuk mikrofon turut dirampas.

“Melalui siasatan lanjut kita lakukan, semua pelanggan terbabit bukanlah ahli kelab rekreasi itu.

“Polis sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan daripada orang awam terutama membabitkan aktiviti seumpama ini. Kita akan mengambil tindakan tegas berlandaskan undang-undang terhadap kegiatan terbabit untuk membanteras aktiviti tidak bermoral di negeri ini,” katanya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .