Home » , » Kenapa Drama Sahara Didakwa Hina Islam?

Kenapa Drama Sahara Didakwa Hina Islam?

Written By Unknown on Tuesday, February 19, 2013 | 1:17 AM


Drama 'Sahara' berdepan kritikan penonton berikutan lakonan wanita berpurdah dalam drama tersebut yang didakwa menghina Islam.
Sebuah akaun Facebook yang berdaftar atas nama 'Hentikan Drama Sahara' turut diwujudkan bagi mendapatkan sokongan daripada masyarakat. 
 
Malah isu ini juga mendapat perhatian Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman yang menulis di laman fanpage itu;
 
“drama ini patut dikritik dan dihentikan siarannya kerana merosakkan imej wanita berhijab. Wanita berhijab tidaklah sedemikian murah untuk bertemu janji, berpegangan tangan dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram.

 “Kalau kita marah orang bukan Islam menghina dan memberi gambaran salah terhadap kalimah ALLAH dan Nabi serta ajaran Islam, kini ia dilakukan oleh manusia yang beragama Isalam sendiri,” tulisnya.
 
Dalam pada itu, Pengurus Saluran Astro Prima, Namanzee Harris, yang dihubungi Sinar Harian Online berkata, pihaknya berterima kasih atas maklum balas yang diberikan oleh orang ramai.
 
Walaupun tayangan drama itu telah pada 1 Februari lalu, Astro telah mengambil keputusan untuk tidak mengulang tayang drama ini. 
 
Drama 30 episod yang mengisahkan tentang seorang gadis liar yang terpaksa tinggal di sebuah sekolah pondok itu sudah mula disiarkan sejak awal bulan ini.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .