Home » , » Artis Di Tahan Kerana Dadah

Artis Di Tahan Kerana Dadah

Written By Unknown on Tuesday, February 19, 2013 | 1:22 AM


Artis popular Indonesia, Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 lagi ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan pada pagi Ahad lalu. 
Mereka ditangkap sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah mendapat maklumat orang ramai.
   
Pihak berkuasa telah merampas sejumlah dadah yang dipercayai jenis ganja dan pil khayal di tempat kejadian.
   
Raffi yang juga bekas kekasih penyanyi Yuni Shara sebelum ini dilapor telah mendaftar nama untuk menjadi calon Parti Amanat Nasional untuk pilihan raya umum Parlimen 2014 nanti.

 Namun, berikutan penangkapan ini, parti itu dikatakan tidak teragak-agak untuk menggugurkan nama Raffi daripada senarai bakal calon PAN jika beliau disahkan terlibat dengan dadah.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .