Home » » Mancini bakal dipecat?

Mancini bakal dipecat?

Written By Unknown on Monday, February 18, 2013 | 1:00 AM

BEKAS pemain pertahanan Manchester City, Danny Mills percaya Roberto Mancini bakal 'dipecat' sekiranya pasukan itu tersingkir dalam saingan Piala FA menentang Leeds, Ahad ini.

Mills berkata, tindakan itu bakal dibuat sekiranya Mancini menghadiahkan satu lagi kekala­han kepada kelab itu.

"Mancini kini berada dalam tekanan. Ia seolah-olah menyekat peluang mereka untuk mengekalkan gelaran musim ini.

"Anda mungkin akan tertanya-tanya apa yang akan berlaku jika mereka terkeluar Piala FA semasa menentang Leeds, kalau saya, mungkin Mancini akan dipecat," kata Mills.

City yang menjulang gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama selepas kali terakhir menjulangnya pada 1968 menghadapi tugas sukar untuk mempertahankan gelaran itu.

Ini kerana, kekalahan mengejut 1-3 kepada Southampton Sabtu lalu dan kemenangan 2-0 MU kepada Everton, membuatkan City ketinggalan 12 mata di belakang The Red Devils.

Keputusan itu membuatkan nasib Mancini bagaikan 'telur di hujung tanduk'.

Tambah Mills, "perbezaan 12 mata dengan MU adalah terlalu banyak."

"Saya rasa Mancini akan pergi pada musim panas sekiranya mereka tidak memenangi liga.

"Tetapi, jika mereka tersingkir awal dalam Piala FA, saya jamin pemilik City akan membuat keputusan lebih awal daripada itu," ujarnya.

Saingan Piala FA ialah peluang terakhir City untuk bangkit selepas mereka tersingkir dalam Piala Liga November lepas disusuli dengan penyingkiran Liga Juara-juara.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .