Home » » Rodgers salahkan EPL

Rodgers salahkan EPL

Written By Unknown on Monday, February 18, 2013 | 12:57 AM

PENGURUS Liverpool, Brendan Rodgers menyalahkan struktur jadual Liga Perdana Inggeris (EPL) terlalu padat sepanjang bulan ini.

Menurutnya, selepas selesai bertarung dengan pasukan West Bromwich pada 12 Februari lalu, anak didiknya terbang jauh ke Rusia, tiga hari selepas itu untuk bertemu Zenit St Petersburg. Begitu pun, Liverpool kalah dalam kedua-dua perlawanan itu.

Dan esok, The Reds berhadapan Swansea City dalam aksi liga domestik pada malam ini.

"Sejujurnya saya begitu kecewa dengan EPL. Bayangkan, kami bermain jadual padat dari Isnin lalu dan pergi ke Rusia pada Khamis. Mereka seolah-olah tidak mahu membantu pasukan.
"Saya fikir, jika di liga negara luar, pihak berkenaan akan cuba bantu dan mengubah jadual perlawanan," katanya.

Bekas juara EPL 18 kali itu kini terdesak memburu slot tiket ke Liga Juara-Juara musim depan dan Rodgers akui bukan satu misi mudah sejak kali terakhir berada pada kedudukan empat terbaik liga pada musim 2008-2009.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .