Home » , » Memerlukan Telefon Talian Tetap

Memerlukan Telefon Talian Tetap

Written By Unknown on Saturday, February 23, 2013 | 1:25 AM

TEMERLOH - Lebih 1,000 penduduk di Kampung Kampung Rumpun Makmur, Pulau Raya dan Gunung Senyum mendakwa tidak pernah menikmati talian tetap telefon di rumah.
Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumpun Makmur, Mohd Nazeri Ghazali berkata, penduduk meminta jabatan berkaitan menyelesaikan segera masalah itu kerana mereka sangat memerlukan talian tetap untuk menggunakan kemudahan internet terutama bagi agensi kerajaan serta sekolah.

Menurutnya, penduduk juga sudah membuat permohonan kepada Telekom Malaysia (TM) dan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKM), namun setakat ini masih belum ada tindakan sewajarnya.

“Kami difahamkan, pengurusan sekolah terpaksa membeli dan menggunakan jalur lebar sendiri untuk membuat kerja serta menghantar maklumat kepada jabatan masing-masing.


“Keadaan itu menyukarkan mereka kerana penggunaan jalur lebar agak melambatkan urusan,” katanya.

Mohd Nazeri berkata, negara akan mencapai kemerdekaan ke-56 tahun, tetapi penduduk di sini masih belum dapat menggunakan perkhidmatan telefon talian tetap dan internet.

Malah katanya, ketiadaan talian tetap juga membantutkan usaha kerajaan untuk memperkasakan penggunaan internet dan teknologi maklumat membabitkan penduduk kawasan pedalaman.

“Kawasan ini akan membangun sedikit masa lagi kerana menjadi laluan utama bagi tiga daerah berikutan jambatan Sultan Ahmad Shah mula digunakan beberapa tahun lalu.

“Laluan di sini sangat sibuk, pastinya penduduk memerlukan perkhidmatan telefon tetap untuk memudahkan urusan penduduk, jabatan kerajaan dan sebagainya,” katanya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .