Home » , » Perisik Klon Tertangkap

Perisik Klon Tertangkap

Written By Unknown on Saturday, February 23, 2013 | 1:29 AM

KUALA TERENGGANU - Padah menggunakan taktik licik dengan menyamar sebagai perisik Kastam Diraja Malaysia, seorang pemandu lori dipenjara setahun kerana menipu seorang peniaga kedai runcit oleh Mahkamah Majistret semalam.
Mohd Kassim Otar @ Amin, 47, yang melakukan jenayah itu bersama rakannya, Syed Al-Walid Abd Rahman, 22, dihukum penjara 12 bulan selepas mereka mengaku bersalah di atas dua pertuduhan iaitu di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-duanya mengaku bersalah menyamar sebagai penjawat awam iaitu seorang perisik kastam pada 28 November tahun lalu, jam lebih kurang 8.30 malam di sebuah kedai menjual rokok di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir, di sini.


Manakala bagi pertuduhan kedua, mereka turut mengaku bersalah dengan sengaja hendak melakukan pemerasan iaitu dengan sengaja mendatangkan ketakutan kepada mangsa, Ahmad Syaiful Mohd Nor, 26, pada hari, waktu dan lokasi sama.

Sementara itu, Mohd Kassim turut mengaku bersalah memiliki satu senjata tiruan yang menyerupai pistol sebenar iaitu satu kesalahan di bawah Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960.

Bagi kesalahan itu, Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman tiga bulan penjara, bagaimanapun dia mengarahkan hukuman berjalan serentak.

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, mangsa sedang menjaga kedai rokok milik abangnya di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir, di sini, sebelum didatangi dua lelaki yang tidak dikenali iaitu Mohd Kassim dan Syed Al-Walid yang memberhentikan kereta berhampiran kedai.

Sejurus keluar dari kereta, Mohd Kassim telah menunjukkan sekeping kad putih bertulis Kastam Diraja Malaysia dan terus menggari tangan mangsa, manakala Syed Al-Walid hanya memerhati sahaja.

Bagaimanapun, Mohd Kassim kononnya hanya memperkenalkan diri sebagai perisik kastam selepas disoal oleh abang mangsa yang tiba di kedai beberapa minit kemudian.

Abang mangsa yang mempercayai lakonan itu cuba berbincang secara baik dengan Mohd Kassim untuk cuba menyelesaikan masalah itu.

Dalam perbincangan itu, Mohd Kassim telah meminta sejumlah wang tetapi abang mangsa enggan menyerahkan wang diminta, sebelum membuat laporan polis.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .