Home » , » Mon Ryanti Merajuk Serta Meninggalkan MIG

Mon Ryanti Merajuk Serta Meninggalkan MIG

Written By Unknown on Tuesday, February 26, 2013 | 10:09 PM

Pelakon baru berbakat besar, Mon Ryanti mengakui tidak lagi bernaung di bawah pengurusan Metrowealth Pictures (MIG)  selepas meninggalkan syarikat tersebut secara baik semenjak awal Februari lalu.

Mon atau nama sebenarnya Mon Ryanti Muhammad Sahudina Lee, kini menjadi artis kedua yang meninggalkan MIG bagi tahun 2013 selepas Aeril Zafrel yang juga sudah bergerak sendirian sejak awal tahun ini.

Bagaimanapun, Mon menjelaskan, pengunduran dia dan Aeril bukanlah sesuatu yang di rancang sebaliknya, ia adalah keputusan diri masing-masing.

"Sejujurnya saya tidak tahu Aeril sudah keluar dari MIG kerana kami sudah lama tidak berjumpa. Saya hanya tahu pun selepas awak (penulis) memaklumkan kepada saya," ujarnya kepada Zass.


Jika Aeril keluar kerana berkecil hati dan beberapa perkara lain yang disifatkan sesuatu yang peribadi, Mon berkata, dia mengambil keputusan untuk keluar dari MIG kerana mahu berdikari sendiri.

"Saya bukannya merajuk atau berkecil hati dengan MIG kerana saya keluar cara baik dan melalui perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Mejar David Teo.

"Lagipun MIG kini sudah banyak artis yang bernaung di bawah syarikatnya dan saya rasa, pengalaman empat tahun bersama MIG sudah cukup buat saya untuk saya jadikan panduan," katanya.

Di tebak tidakkah dia bimbang akan dikatakan sebagai 'kacang lupakan kulit', apatah lagi kini sudah berjaya di bentuk MIG termasuk tercalon dalam kategori Pelakon Harapan Wanita dalam Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25).

Mon menegaskan, dia bukan individu seperti itu tetapi hanya teringin untuk bergerak sendiri.

Katanya, biarpun David pada mulanya keberatan untuk melepaskannya, namun, melalui perbincangan yang dilakukan, David akhirnya setuju untuk melepaskannya.

"David juga ada bertanya sekiranya saya berminat untuk bekerjasama dengan MIG lagi selepas ini dan saya tidak ada masalah mengenai perkara itu.

"Jadi sekiranya ada filem yang bersesuaian dengan saya, David tidak akan keberatan untuk menawarkan kepada saya," katanya yang akan tampil dengan filem terbaru, Bro Nampak Motor Gua? terbitan MIG yang akan ditayangkan pada Mei ini.

SH : Bermula dari bawah

Menurut Mon, dia kini mulai merasai kesusahan bergerak sendiri, namun ia sedikit pun tidak menjadi penghalang buatnya untuk terus berada dalam industri.

"Saya akui, mula-mula sekarang memang agak susah untuk bergerak sendiri. Apatah lagi saya tidaklah popular untuk menjual nama sendiri.

"Tapi Insya-Allah, lama kelamaan saya akan biasa dengan situasi ini. Biasalah, untuk berjaya, kita sememangnya kena bermula dari bawah," katanya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .