Home » , » Wah!!!! Artis Pun Ada Workshop

Wah!!!! Artis Pun Ada Workshop

Written By Unknown on Tuesday, February 26, 2013 | 9:54 PM

Selepas kejayaan filem, Istanbul Aku Datang, kredibiliti pengarah, Bernard Chauly, semakin menyerlah.

Berkongsi kejayaan dan rahsianya, Bernard berkata, dia akan memastikan setiap pelakon yang membintangi filemnya akan mendalami watak sebelum turun ke set penggambaran.

“Saya mahu pelakon-pelakon saya mendalami watak-watak mereka dulu. Mencari dan mendalami watak itu. Selepas mereka mencari watak, baru kita mendalami skrip.

“Apabila mereka sudah mencari watak dan mendalaminya, pelakon akan mereka watak itu kerana penulis skrip ada bayangan watak tetapi pelakon diberi peluang untuk mereka dan mencari watak,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, beliau berharap proses penggambaran akan lebih mudah setelah pelakon melalui sesi ‘workshop' khas.

“Kita berharap proses penggambaran menjadi lebih mudah apabila pelakon itu, sudah memahami watak itu sendiri.

“Katakanlah Lisa Surihani sudah mencari watak Dian dalam Istanbul Aku Datang atau Fazura mencari watak Intan Mastura dalam Pisau Cukur. Mereka sudah faham gerak geri, cara pertuturan, motivasi watak yang mereka
dah dalami, jadi sewaktu pembikinan filem itu, sudah ada kesinambungan,” kata pengarah Pisau Cukur.

Dalam pada itu, pengarah yang bakal muncul dengan filem terbarunya, Manisnya Cinta ini memastikan setiap filem atau drama arahannya akan melalui proses ‘bengkel’.

“Semua filem dan drama arahan saya ada ‘workshop’ ada ‘rehearsal’. Daripada siri TV, sampai ke filem asalkan ada pelakon dan ada watak, saya buat ‘workshop’.

“Pertama saya akan beritahu kepada pelakon, kamu sebagai pelakon, isikan watak itu. Watak tersebut tentu ada cerita latar. Apa cerita latar watak itu, apa motivasi watak itu,” katanya yang bakal memulakan penggambaran filem adaptasi, Manisnya Cinta, Mei depan.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .