Selepas kecoh mengenai kes rogol yang didakwa dilakukan oleh pemenang program realiti Mentor 4, Mohd Izwan Mohd Nor atau Mohd, tiba-tiba nama Keena dikaitkan sebagai mangsa rogol terbabit.
Tampil membuat penafian dalam Harian Metro hari ini, Keena atau nama sebenarnya Suriana Abdul Wahab, 27, menyatakan, “Saya bukan mangsa rogol, bukan saya orangnya. Tolong jangan tuduh lagi, saya dan keluarga malu”.
“Tolonglah jangan memandai-mandai menuduh perkara yang tiada kena-mengena dengan saya. Memang benar saya pernah dikaitkan bercinta dengan suspek, tetapi bukan saya yang terbabit kes itu,” katanya kesal kerana spekulasi itu mengaibkan namanya serta keluarga.
Keena yang juga dicungkil bakatnya menerusi program yang sama, mengakui tidak pernah mengambil tahu mengenai kes terbabit dan menegaskan mangsa rogol itu bukan dirinya tetapi adalah penyanyi lain.
Kita tunggu dan lihat saja kerana lambat-laun kebenaran akan terbongkar juga akhirnya. – MyNewsHub/Maklumat
0 ulasan:
Post a Comment