Home » , » Padah Samun Kena Jill

Padah Samun Kena Jill

Written By Unknown on Thursday, February 21, 2013 | 12:39 AM

Empat kelindan lori, termasuk dua beradik, dipenjara lapan tahun selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen menyamun seorang peniaga.
Hakim Suraiya Mustafa Kamal menjatuhi hukuman itu selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap M.Ramaesh, 23, Muhammad Ridzuan Shanmugam, 24, S.Premkumar, 23, dan adiknya S.Muniandy, 21, di akhir kes pembelaan.
Suraiya memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu 20 Ogos tahun lepas.
Mereka didakwa menyamun sebuah beg sandang milik Hue Chong Fong, 32, yang mengandungi ketulan emas, dua utas jam tangan berjenama, satu tangkal sembahyang dan wang tunai RM70, yang kesemuanya bernilai RM15,000 di Jalan Subang, Sungai Buloh pada 3 pagi, 20 Ogos tahun lepas.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Seramai enam saksi pendakwaan dan lima saksi pembelaan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ching Kian Chun manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .