Home » , » Pertahan Putrajaya

Pertahan Putrajaya

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 8:35 AM

PUTRAJAYA - Mempertahankan Putrajaya daripada jatuh ke tangan pembangkang adalah satu jihad, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menurut beliau, keyakinan itu disebabkan Putrajaya adalah simbol keamanan dan kemakmuran negara.

"Pusing macam mana pun, kita sudah bertekad untuk pertahankan Putrajaya, Hendak pertahankan bukan hanya dengan retorik tetapi lebih daripada itu," katanya.

Katanya lagi, Putrajaya sangat penting kerana keupayaan Barisan Nasional (BN) mempertahankannya pada pilihan raya umum akan datang, akan menentukan jatuh bangun negara.

Berucap pada program Jelajah Anak Malaysia di sini semalam, Hishammuddin berkata, ramai yang tidak sedar bahawa program kesukarelaan My Beautiful Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini adalah atas komitmen yang luar biasa  di pihak kerajaan.

"Ini bagi memastikan gelombang negatif dapat dipatahkan dengan gelombang positif," katanya.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Setiausaha Agung Umno pula berkata,, BN bukan sahaja yakin kerusi Parlimen Putrajaya akan dapat dipertahankan malah pemerintahan negara yang disimbolkan menerusi penguasaan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya juga akan kekal dalam tangan.

"Kita akan terus pertahankan Putrajaya. Kita tidak perlu pengacau untuk merosakkan keamanan sedia ada. Putrajaya dibangunkan oleh kerajaan yang prihatin, dan faham bagaimana nak bagi keselesaan kepada pekerja kerajaan dan rakyat yang berurusan dengan kerajaan.

"Kita bangun Putrajaya berlandaskan Islam seperti yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW yang dari Makkah berhijrah ke Madinah," katanya.

Tengku Adnan berkata, program transformasi yang dibawa  Perdana Menteri bukan untuk merubah negara tetapi membangunkan rakyat dan negara.

"Lupakan mereka (pembangkang). Saya rayu, ini satu jihad, jihad kita untuk bergerak ke hadapan. Beri peluang kepada Perdana Menteri, mari bergerak ke hadapan untuk bangsa dan agama mempertahankan Putrajaya," katanya.

Program Jelajah Anak Malaysia akan diteruskan ke Sabah dan Sarawak pada minggu hadapan dan acara penutupnya akan berlangsung di Putrajaya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .