Home » , » Raja Lawak kembali!

Raja Lawak kembali!

Written By Unknown on Thursday, February 14, 2013 | 11:35 PM

SELEPAS  melahirkan nama-nama besar seperti Johan, Zizan, Nabil, Tauke, Yus, dan beberapa lagi menerusi rancangan Raja Lawak, kini ia bakal kembali dengan peserta yang lebih hebat.

Memasuki musim ketujuh, program yang diterbitkan oleh Astro ini akan memulakan pencarian bakat dalam bidang komedi bermula 16 Februari ini.

Lima tema persembahan diberi oleh pihak Astro seperti Tiru Watak Filem, Kisah Cinta, Tabiat Rakyat Malaysia, Kalau Aku dan Kisah Seram
.
Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, pemilihan tema tersebut bertujuan bagi memudahkan peserta membuat persiapan awal sebelum mereka datang untuk uji bakat.

"Pihak kami berharap peserta dapat lakukan yang terbaik dengan tema  yang telah disediakan.

"Saya akui, bukan senang untuk melakukan watak komedi tapi dengan cara ini, ia dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk lakukan yang terbaik.

"Apa yang penting, mereka perlu kreatif dalam membuat persembahan pentas secara spontan dan menarik perhatian juri dalam masa yang diberikan iaitu tiga minit," katanya ketika  majlis pengumuman Raja Lawak Musim 7, baru-baru ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai dan Pengarah Urusan dan Eksekutif Produser Homegrown Productions, Michael Christian Simon.

Menurut Nizam, format jenaka masih bebas tanpa mengira dialek atau topik tertentu. Syarat penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia dan juga Singapura yang berumur 18 tahun ke atas yang memiliki bakat dan minat dalam lawak jenaka.

"Kali ini, lima lokasi dipilih bermula Izora Hotel, Pulau Pinang pada 16 dan 17 Februari, diikuti Berjaya Megamall, Kuantan  (23 dan 24 Februari); 1 Borneo, Kota Kinabalu Sabah (2 dan 3 Mac); Plaza Angsana, Johor Bahru (9 dan 10 Mac); dan SACC Mall, Shah Alam, Selangor
(16 dan 17 Mac).

“Pemilihan lokasi ini dianggap tepat dan kami berharap dapat mencungkil bakat setanding di lokasi lain. Apa yang penting, kita mencari kualiti dan bukannya kuantiti,” katanya.

Menyentuh mengenai pemilihan hos program berkenaan, Nizam berkata, pihak Astro sepakat untuk mengekalkan Zizan dan Johan untuk musim kali ini.

"Bagi mencari hos lain belum terfikir kerana pihak kami merasakan kumpulan Jozan begitu berkaliber dalam bidang pengacara," katanya.

Juara musim ketujuh kali ini, akan membawa pulang wang tunai RM100,000. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM30,000.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .