Home » , » Romantik Selongkar Kisah Suami Isteri - Antologi Neo

Romantik Selongkar Kisah Suami Isteri - Antologi Neo

Written By Unknown on Tuesday, February 19, 2013 | 6:32 PM


PERKAHWINAN bukan mudah seperti yang disangka, sementelah perlu kesabaran dan komitmen yang tinggi bagi setiap pasangan'.

Sesuai dengan topik tersebut, teater Antologi Neo-Romantik membawakan kisah suami isteri dalam melayari bahtera rumah tangga mereka.

Diterajui penggiat teater berbakat besar, Aloy Paradoks dan Fazleena Hishammudin, teater yang sarat dengan mesej tersirat ini berlangsung selama satu jam di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur.

Kelainan teater tersebut yang hanya menampilkan dua watak iatu Asyraf dan Najua serta sebongkah kayu, ternyata menjadi walaupun tanpa alatan canggih atau pelakon pembantu bagi memeriahkan pementasan itu.

Pada mulanya agak sangsi untuk menonton teater tanpa tarikan ini, namun setelah menonton sendiri ternyata telahan awal bukan seperti yang disangka.
Skrip yang penuh dengan emosi mengundang ketawa penonton ketika melihat babak pertama apabila pasangan tersebut menceritakan semula adegan pertemuan pertama mereka.

Tampak santai dan bersahaja, kedua-duanya bijak bermain emosi dan lakonan mereka amat terkesan di jiwa penonton.

Malah ada ketikanya, pergaduhan pasangan ini mengundang kesungguhan penonton untuk melihat aksi seterusnya.

Manakala slot kedua, pasangan ini muncul dalam rancangan bual bicara terhangat ‘Neo-Romantik’ menjemput mereka untuk menjadi pengacara bagi minggu tersebut membincangkan mengenai soalan yang dikemukakan oleh penonton.

Dalam rancangan bual bicara ini, Asraf dan Najua berinteraksi dengan penonton untuk menceritakan kembali susur galur bibit pertemuan sehingga mereka kini menjadi pasangan suami isteri.

Slot ketiga pula, pasangan ini mengalami sedikit dilema apabila kehidupan mereka dilanda kebosanan dan ikatan perkahwinan mereka dirasakan satu bebanan. Demi menjernihkan kembali hubungan mereka, satu adegan romantik dihidangkan.

Seperti yang dijangka, mereka akhirnya berjaya mengatasi masalah rumah tangga yang dihadapi.

Lari dari kebiasaan

Pemilik nama, Nurul Ashikin Abdul Hamid atau lebih dikenali dengan Aloy Paradoks berani mempertaruhkan karyanya yang hanya menetapkan skrip pada kredibiliti pelakon.

“Kebanyakan skrip bergantung pada kami kerana tiada skrip khusus, kami hanya berlakon mengikut rentak sendiri.

“Kami hanya berbincang mengenai permulaan dan pengakhiran babak, manakala di bahagian tengah, skrip bergantung pada diri sendiri,” kata Aloy yang merupakan pelakon utama, penulis skrip dan pengarah teater tersebut.
Teknik yang diaplikasikan dalam jalan cerita mereka adalah improvisasi berdasarkan keserasian mereka untuk menentukan arah jalan cerita tersebut.

Menurut Aloy, mereka amat menggalakkan penggunaan media sosial di kalangan penonton agar mereka dapat menguar-uarkan pementasan itu.

“Tiada unsur kekaguman sebaliknya teater ini miskin kerana tiada sebarang penggunaan teknologi canggih atau pakaian yang cantik.

“Konsep kami lebih kepada mini malis dan kekuatan kami bergantung pada karakter pelakon dan naskhah yang dibawa,” katanya yang pernah memenangi penulisan Skrip Terbaik DBP 2012.
Jika pelakon lelaki membawa topik tanggungjawab dan kesetiaan, bagi watak Najua lakonan Fazleena pula berdepan dengan masalah apabila si suami mula merasakan perkahwinan mereka sebagai bebanan.

Cubaan Najua untuk menyelamatkan perkahwinan mereka ternyata berhasil walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

“Watak yang dibawa agak berat namun saya cuba untuk menghidupkan dengan idea sendiri tanpa lari dari naskhah asal.

“Apa yang saya cuba sampaikan melalui teater ini sebenarnya berlaku dalam kehidupan kita dan cara penyelesaian setiap pasangan mungkin berbeza,” kata Fazleena.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .