Home » , » Sekolah & Cinta Monyet Taruhan - Hashim Rejab

Sekolah & Cinta Monyet Taruhan - Hashim Rejab

Written By Unknown on Saturday, February 23, 2013 | 2:21 PM

PERNAHKAH anda dirotan kerana ponteng kelas atau bergaduh? Pernahkah anda digunting rambut oleh guru disiplin kerana berambut panjang? Pernahkah kaki seluar sekolah anda dikoyakkan kerana berfesyen? Pernahkah anda didenda kerana membuli pelajar lain? Atau pernahkah anda bergaduh dengan rakan kerana cinta?
Jika ada kena mengena, maka anda patut menonton filem terbaru terbitan MIG Production, Pada Suatu Cinta Dahulu arahan Hashim Rejab.

Menggunakan formula kisah remaja di zaman sekolah, filem ini pastinya akan membuatkan penonton tersenyum sendiri dengan beberapa babak yang pasti kena dengan kisah yang pernah dilalui ketika bersekolah.


Percaturan Hashim untuk membawa kenangan ketika masih bersekolah, berjaya menarik perhatian sesiapa sahaja.

Bagaimanapun, filem yang dijayakan oleh Wawa Zainal, Intan Ladyana, Niezam Zaidi, Zalif Sidek dan Edy Rauf, mempertaruhkan kisah cinta sebagai topik utama.

Ia mengisahkan Zainal (Niezam Zaidi) yang tertekan dengan perkahwinannya, sekali gus mengingatkannya kembali tentang memori silamnya.

Pada 18 tahun lalu, ketika di alam persekolahan, Zainal terkenal dengan kenakalannya ketika itu Zainal baru tingkatan 4. Waktu itu Zainal mempunyai seorang kekasih yang bernama Nora (Wawa Zainal).

Sikap Nora yang lurus bendul membuatkan Zainal mula bosan. Namun sejak perkenalan Zainal dengan Azura (Intan Ladyana) seorang gadis yang cute dan pendek, membuatkan Zainal semakin hari semakin menyukai sikap Azura yang selamba itu.

Plot penceritaan disusun sebaik mungkin, biarpun ada babak yang agak meleret, namun ia tidak terlalu membosankan.

Biarpun ia hanyalah sebuah naskhah yang ringan, namun, Hashim tetap menyelitkan mesej berguna buat remaja di luar sana.

Antaranya mengenai persahabatan dan juga betapa pentingnya untuk setiap remaja mengutamakan pelajaran berbanding perkara lain seperti percintaan dan keinginan untuk ponteng sekolah.

Bagaimanapun, penonton pastinya akan tercuit hati dengan pengolahan pada babak akhir yang dilakukan Hashim sehingga membawa kepada pengakhiran yang melucukan.

Pelakon baru
Selaku pendatang baru dalam industri, Nizam selaku teraju utama filem ini yang membawakan watak Zainal dilihat cuba untuk melakukan yang terbaik untuk wataknya.

Malah, siapa sangka, seorang pelajar nakal yang terkenal dan gila-gila di sekolah boleh berubah sekelip mata kerana cinta.
Namun, percubaan Nizam itu dilihat tidak memberikan kesan yang panjang kepada penonton. Pendek kata, keluar dari pawagam, penonton akan melupai karakter Zainal berbanding Eddy Rauf yang menarik perhatian dengan ‘tikaman’ pemadamnya serta aksi Bollywood yang melucukan.

Bagaimanapun, tidak mustahil andai dikatakan, Nizam akan menjadi seorang lagi pelakon lelaki terkenal sekiranya dia tampil dengan lakonan lebih baik.

Bagi pelakon paling senior dalam filem ini, Intan telah berjaya memainkan peranan sebagai Azura yang pada mulanya disangka seorang pelajar sekolah, rupanya adalah seorang bakal Doktor yang melakukan penyelidikan mengenai sikap remaja.

Permainan Azura membuatkan Zainal merana kerana cintanya yang tak terbalas, berjaya membuatkan penonton merasa geram kerana Azura hanya menggunakan Zainal untuk kepentingan dirinya.

Adakah Zainal tetap meneruskan hubungannya bersama Azura? Siapakah yang menjadi pilihan Zainal? Semuanya akan terjawab dalam filem romantik komedi, Pada Suatu Cinta Dahulu, yang sudah ditayangkan di pawagam.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .