Home » , » Selangor rampas takhta Liga Super

Selangor rampas takhta Liga Super

Written By Unknown on Saturday, February 16, 2013 | 11:55 PM

SELANGOR berjaya merampas kedudukan persada liga daripada Pahang apabila mengalahkan Kelantan 2-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Jaringan dua pemain import Francis Forkey Doe pada minit ke-12 dan tandukan kencang Ramez Dayoub pada minit ke-26 membantu Selangor memintas Pahang dengan kelebihan satu mata.

Selangor kini mengumpul 13 mata selepas enam perlawanan manakala Pahang ketinggalan satu mata di tangga kedua selepas lima perlawanan.

Bagaimanapun, kedudukan Kelantan, juara treble musim lepas, jatuh satu anak tangga apabila menghuni tempat kelapan dalam carta kedudukan selepas mengumpul enam mata dari enam perlawanan.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Terengganu mencatatkan kemenangan pertama pada musim ini apabila mengalahkan Perak 2-0.

Gol skuad Penyu itu dijaringkan oleh Ashaari Shamsudin pada minit ke-12 dan Jean Emmanuel Effa Owana pada minit ke-42.

Sementara itu, pada saingan Liga Perdana, Sime Darby menguasai persada liga dengan kelebihan jaringan apabila menumpaskan NS Betaria FC 6-0 di Stadium Hang Tuah Melaka.

Pemain import Karlo Primorac muncul wira pasukan Sime Darby apabila melakukan jaringan hatrik bermula minit keenam, 73 dan minit ke-81 manakala Fadzli Saari menjaringkan dua gol pada minit ke-57 dan 69 sebelum Mohd Yusof Zainal Abidin menutup tirai jaringan pada minit ke-89.

Di Stadium Negeri Sarawak, pasukan tuan rumah, Sarawak mencalar rekod tanpa kalah Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi jaringan tunggal Joseph Kalang Tie pada minit ke-23.

Di Stadium UiTM, Shah Alam, UiTM FC mencatatkan kemenangan pertama dalam enam perlawanan selepas mengalahkan Sabah 2-0.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, pasukan Kuala Lumpur dan SPA Putrajaya FC berkongsi mata apabila mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Johor mengatasi Pos Malaysia FC 2-0 untuk menduduki tangga keempat liga dengan mengumpul 13 mata.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar pula, Perlis mengalahkan Kedah 2-1. - Bernama

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .