Home » , » Malaysia hilang lubuk emas: Syafiq Ridhwan

Malaysia hilang lubuk emas: Syafiq Ridhwan

Written By Unknown on Saturday, February 16, 2013 | 11:59 PM

KETIADAAN acara tenpin boling yang tidak disenaraikan di temasya Sukan Sea Myanmar hujung tahun ini nyata mengecewakan juara Kejohanan Boling Piala Dunia QubicaAMF di Wroclaw, Poland tahun lalu, Syafiq Ridhwan Abdul Malek.

Menyifatkan acara tersebut sebagai ‘lubuk emas’ buat kontinjen negara, Syafiq Ridhwan bagaimanapun akur dengan keputusan penganjur.

“Seperti yang kita semua tahu, boling antara sukan yang mampu penyumbang pingat terbanyak buat kontinjen negara.

“Namun, ketiadaan acara itu, amat mengecewakan kerana kita tahu sejauh mana kemampuan pasukan negara untuk menghasilkan pingat,” katanya selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan Kementerian Pengajian Tinggi 2012, kelmarin.

Pada majlis itu, penuntut Universiti Putra Malaysia tersebut menerima wang tunai RM10,000 dan sebuah Galaxy Note II 10.1 atas kejayaannya meraih pingat emas di Kejohanan Boling Piala Dunia QubicaAMF di Wroclaw, Poland 2012.

Dalam perkembangan lain pemain boling elit lelaki kebangsaan itu turut mensasarkan untuk meraih kejayaan pada dua kejohanan utama tahun ini.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .