Home » , » Wanita Pertama Kuasai Daytona 500 - Danica

Wanita Pertama Kuasai Daytona 500 - Danica

Written By Zanuddin Yaacob on Tuesday, February 19, 2013 | 8:18 PM

BELIAU pernah berkata yang dirinya dilahirkan untuk menjadi pemandu terpantas, bukan wanita yang terpantas.

Itu cerita yang dikongsi Danica Patrick.

Semalam, tiada lelaki yang mampu menandingi kepantasannya.

Dia muncul sebagai wanita pertama menjuarai Daytona 500, yang turut digelar sebagai Super Bowl NASCAR dengan catatan pusingan 196.434 batu sejam.

Beliau juga mencatatkan sejarah apabila muncul sebagai wanita pertama memenangi acara itu. Ia menjadi acara terpenting bagi dirinya kerana berjaya merangkul gelaran hebat itu.

“Saya ada mendengar cerita mengenai kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berkata, 'ayah, ibu ada pelumba wanita di luar sana',” katanya.

Kemudian perbualan itu disambung dengan ibu bapa berkata, “kamu boleh jadi apa saja, soal gender tidak perlu dirisaukan."

"Ayat itu merupakan sesuatu yang cukup hebat saya pernah dengar,” Patrick dipetik CNN.

Dia memandu dalam ujian kelayakan di Daytona di mana semua persiapan disediakan oleh krew hampir 90 peratus dan beliau hanya menyumbang 10 peratus dalam pusingan kelayakan tersebut.

Krew yang terlibat, Tony Gibson berkata prestasi Patrick sangat membangggakan.

“Saya bangga dengan pencapaian beliau,” katanya.

Beliau bakal muncul pada perlumbaan seterusnya pada 24 Februari ini bersama Jeff Gordon untuk Daytona International Speedway pada 196.292 batu sejam.

Gordon yang juga juara tiga kali Daytona 500 turut mengalu-alukan Patrick di barisan hadapan.

“Saya berbangga dengan pencapaian beliau. Apa yang dilakukan selama ini bukanlah sesuatu yang mudah,” ujar Gordon.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .