Home » , » Sebanyak 251 Masjid Di Palestin Musnah Sejak 2008

Sebanyak 251 Masjid Di Palestin Musnah Sejak 2008

Written By Unknown on Tuesday, February 19, 2013 | 8:23 PM

Masjid Al-Nasr, masjid tertua di Gaza menjadi mangsa bedilan kereta kebal Israel dan musnah pada penghujung 2006.

Masjid yang menjadi mercu tanda Bandar Beit Hanoun yang terletak di Utara Gaza diserang oleh tentera Israel selepas ia dikatakan menjadi markas kepada 120 Mujahidin ketika itu.

Dibina pada 129 Masihi, Masjid An-Nasr merupakan antara masjid  untuk kemudahan lebih 45,000 penduduk di bandar tersebut.

Sehingga kini difahamkan bandar Beit Hanoun antara kawasan paling kritikal di Gaza kerana sering menjadi sasaran mudah tentera Israel.

Ramai mujahid dilahirkan  di bandar itu termasuklah   Komandan Pertama Briged Al-Qasam, Syed Solah Syahadah yang gugur syahid selepas rumahnya dibedil oleh dengan roket Israel. Ia turut mengorbankan isteri serta 15  jirannya.

Muazin masjid itu, Mahmud Hassan Al-Kafar, 43, berkata, kezaliman Israel juga bukan setakat itu, malah sebuah  jambatan utama menuju ke bandar itu juga sering  menjadi sasaran Israel dalam usaha melumpuhkan bandar tersebut yang terkenal dengan ramai para mujahidnya.

“Israel sengaja  memusnahkan apa sahaja dalam usaha menakut-nakutkan penduduk  Gaza  agar tidak menentang mereka.  Ini termasuklah  menaikan belon yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup  untuk  memantau aktiviti penduduk di Beit Honoum,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan  di kawasan  sekitar masjid turut dijadikan makam kepada lebih 500 syuhadah yang gugur syahid sebelum ini.

Sementara itu hanya beberapa kilometer dari Masjid An-Nasr turut didirikan sebuah lagi masjid yang kini sedang dalam 70 peratus siap iaitu Masjid Umar Abdul  Aziz.

Atas inisiatif mahu membantu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim)  telah mengumpul dana untuk membina semula dua masjid yang musnah.

Hasilnya Masjid An –Nasr  dapat  digunakan  kembali dengan kos pembinaan bernilai RM951,696 manakala Masjid Umar Abdul Aziz pula dijangka siap sepenuhnya Mac tahun ini yang boleh memuatkan 7,000 orang.

Serangan Israel tidak berhenti setakat itu apabila sekali lagi Beit Hanoun menjadi sasaran bedilan roket Israel  dalam siri  peperangan  pada 15 hingga 21 November lalu.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .