Home » , » 64 000 Unit Terjual - Misi Honda Malaysia

64 000 Unit Terjual - Misi Honda Malaysia

Written By Zanuddin Yaacob on Wednesday, March 6, 2013 | 10:16 AM

HONDA Malaysia menyasarkan penjualan 64,000 unit kenderaan, atau 10 peratus daripada pasaran automotif tahun ini dibantu oleh pembukaan pusat servis, jualan dan alat gantian (3S) terbarunya di Perlis.

Syarikat turut menyasarkan untuk meningkatkan jaringan pusat 3S miliknya daripada 62 pada ketika ini kepada 90 pusat dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pusat 3S pertama di Perlis itu dibuka oleh Vimal Auto-Liner Sdn Bhd dengan pelaburan RM10 juta yang menawarkan semua perkhidmatan Honda di bawah satu bumbung dalam usaha menyediakan perkhidmatan cekap dan profesional kepada pelanggannya di negeri itu.

Pengarah Urusan Honda Malaysia Yoichiro Ueno berkata, dengan pembukaan pusat terbaru di Perlis itu, Honda kini mempunyai wakil jualan di semua negeri seluruh negara, di mana hampir 200 unit kereta Honda telah terjual dalam enam bulan terakhir tahun lalu.

"Empat negeri di utara iaitu Perlis, Kedah, Pulang Pinang dan Perak menyumbang 20 peratus kepada jualan tahunan Honda Malaysia dan negeri-negeri ini mencatat kenaikan tahunan purata enam peratus sejak lima tahun lalu," katanya.

Pusat 3S di Perlis itu turut menyediakan kemudahan seperti sudut kanak-kanak, WIFI percuma, parkir kereta untuk orang kurang upaya, pembaharuan cukai jalan dan khidmat insurans.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .