Home » , » Anggota di 'ground zero' ditambah - Op Daulat

Anggota di 'ground zero' ditambah - Op Daulat

Written By Unknown on Sunday, March 10, 2013 | 8:26 AM

Dengan penambahan anggota untuk pembersihan di Sabah adalah langkah bijak Kerajaan untuk membanteras gerila-gerila sulu yang membuat ona di negara kita...mereka memceroboh Sabah tanpa menkaji sejarah penyerahan oleh pemimpin mereka yang terdahulu lebih mendalam..

Pasukan keselamatan meningkatkan kekuatan dengan penambahan anggota ke ground zero bagi mempercepat proses membersihkan Lahad Datu daripada penceroboh militan, sekali gus menamatkan konflik pencerobohan di daerah itu.

Kor bantuan tempur dari Kuching berlepas ke Lahad Datu semalam - hari kelima Op Daulat dilancar, bagi membantu operasi menggempur habis-habisan dan memburu saki-baki penceroboh di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu.

Operasi susulan dan penggeledahan bagi memburu saki-baki penceroboh militan hari ini kembali menyaksikan kejadian berbalas tembak antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan itu.

Kawasan Felda Sahabat 16 turut digegar dengan beberapa bunyi dentuman bom dari kawasan zon merah pada pukul 1 pagi dan 7.30 pagi semalam dengan bunyi pesawat dan helikopter berlegaran di ruang udara kawasan ground zero itu.

"Seorang penceroboh bersenjata ditembak mati dalam kejadian di Tanjung Batu pada pukul 8 pagi ini, menjadikan jumlah keseluruhan musuh yang terbunuh setakat ini ialah 53 orang," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam.

Di sebalik langkah ofensif pasukan keselamatan menggempur Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, kira-kira 10 pagi semalam polis mengesan beberapa orang yang mencurigakan di kawasan pantai Tanjung Batu.

Seramai 27 orang yang menaiki tiga bot ditahan berhampiran kawasan pantai Kampung Tanjung Batu dan kesemua mereka diserah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk siasatan.

"Tiada senjata ditemui pada mereka," kata Ismail.

Jumlah mereka yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan sehingga 5 petang semalam ialah 106 orang.

Mengenai dakwaan bahawa pihak musuh menawan beberapa individu, Ismail menegaskan: "Tiada orang awam atau polis yang menjadi tawanan musuh".

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, penceroboh militan dari selatan Filipina itu kini terperangkap dalam kepungan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu memaksa mereka bergerak dalam kumpulan kecil.

Kawalan ketat yang dilakukan di lokasi itu sejak Operasi Daulat dilancarkan tidak memungkinkan penceroboh bersenjata itu memboloskan diri, katanya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .