Home » , » Bola Kampung Bernilai RM6 Juta

Bola Kampung Bernilai RM6 Juta

Written By Unknown on Sunday, March 10, 2013 | 8:12 AM

Bola Kampung sebuah Filem animasi anak tempatan telah berjaya memartabatkan konsep animasi ke persada dunia...jika dahulu kita hanya boleh menonton filem animasi daripada luar...nah!!sekarang kita patut berbangga filem animasi di dalam negara sendiri..

Berita gembira kepada peminat siri animasi Bola Kampung yang ditayangkan di saluran TV9, apabila siri animasi ini diangkat ke layar perak.

Bakal ditayangkan bermula 21 Mac ini di pawagam seluruh Malaysia, filem animasi yang mendapat sentuhan pengarah Wong Kuan Loong ini dikatakan menelan belanja sebanyak RM6 juta sebagai kos pembikinannya.

Dalam pada itu, ia juga menggunakan 100 bakat animasi tempatan bagi memastikan filem ini berkualiti tinggi.

Malah, ia turut menampilkan format Imej Janaan Komputer (CGI) yang baharu dan menakjubkan.

Manakala setiap karakter dalam filem ini pula menggunakan suara  artis popular tempatan seperti Ezlynn, Marsha, Afdlin Shauki, Datuk Aznil Nawawi, Aizat, Harun Salim Bachik, Deanna Yusoff, Harris Alif, Baki Zainal dan Douglas Lim.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .