SELEPAS melahirkan bayi lelaki Oktober lalu, pelantun lagu Skyfall ini dikatakan sedang merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya yang juga bapa kepada anaknya itu, Simon Konecki.
Menurut sumber, pasangan ini merancang untuk melangsungkan perkahwinan di rumah baru mereka di Las Vegas, pada hujung tahun ini.
"Lebih mengejutkan, Adele ingin melahirkan lima anak selepas berkahwin nanti.
"Lagipun dia mahukan keluarga yang besar memandangkan dia hanya anak tunggal dalam keluarganya," kata sumber tersebut.
0 ulasan:
Post a Comment