Berubah Imej Demi Peminat - Asmidar

Thursday, April 4, 2013


Penyanyi baharu ini kalau tidak berusaha sendiri bagi menonjolkan diri,,mungkin akan tenggelam ekoran setiap masa,ada-ada sahaja artis baharu yang ingin diketengahkan,,di dalam dunia cyber sekarang ini,,janganlah dirisaukan sangat perkara sedemikian,,banyak ruang di cyber untuk dipromosi..
Nama Asmidar mungkin masih kedengaran agak janggal dalam industri hiburan seni suara.

Biarpun lagu solonya, Biar Sampai Ke Bintang mendapat sambutan menggalakkan, namun populariti gadis berusia 27 tahun ini tidak bergerak seiring populariti lagunya.

Sedar persaingan yang semakin sengit, Asmidar tekad untuk bangkit dan membuat percaturan baru demi memastikan karier nyanyian tidak hilang dibawa arus.
“Sejujurnya lambat atau cepat naik tidak ada bezanya, tetapi yang penting adalah bakat yang mahu dibuktikan kepada umum.

"Saya rasa tidak ada guna saya cepat dikenali, tapi akhirnya tidak bertahan lama. Alhamdulillah, pengalaman sepanjang berada dalam pertandingan Vokal Bukan Sekadar Rupa banyak memberi perspektif baru dalam kehidupan untuk saya lakukan yang terbaik.

"Cabaran itu ada di mana, tetapi yang penting bagaimana untuk mengatasi kepayahan itu dan memperbaiki diri untuk ke depan. Saya tidak mengharapkan perjalanan lancar, tapi saya mengharapkan panduan itu tidak tersasar daripada landasan sekarang,” katanya kepada Zass.
Asmidar atau nama sebenarnya Norhasmidar Ahmad berkata, selain memperbaiki mutu vokal, dia juga membaiki imejnya agar kelihatan lebih yakin untuk bertemu peminat.

"Saya akui, apa awalnya memang saya tidak pandai bergaya dan sebagainya, namun selepas diberi nasihat dan tunjuk ajar dari pihak Warner Music, banyak bantu untuk perbaiki diri sendiri.

"Saya banyak bertanya dari orang-yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ini, dari pada situ saya perbaiki diri sendiri," katanya

Kali Pertama jadi taruhan

Muncul dengan album pertama yang diberi judul Kali Pertama, Asmidar berkata, dia berharap kemunculan album ini akan menjadi platform buatnya untuk dikenali.

Album yang memuatkan tujuh lagu itu diistilahkan sebagai sebuah pengembaraan dan perjalanan daripada pengalaman yang kosong menjadi lebih erti.

"Pelbagai elemen yang dimuat turun dalam album ini dengan alunan lagu klasik, dengan imej yang berlainan sedikit sebanyak menampakkan ianya lebih menarik," katanya.

Berkongsi dengan lebih lanjut mengenai pembikinan album pertamanya ini, Asmidar berkata, dia bertuah kerana berpeluang menuntut ilmu daripada 'sifu' dalam bidang muzik.

“Semua pencipta lagu yang terlibat dengan album ini adalah orang-orang yang berpengalaman. Banyak input yang saya perolehi semasa merakamkan lagu di dalam album ini dan dari situ saya mula belajar untuk dapatkan ‘feel’ yang terbaik dalam sesebuah lagu," ujarnya.

Tujuh lagu yang terkandung dalam album ini adalah Biar Sampai Ke Bintang, Kali Pertama, Goldilocks, Sepasang Sudu, Bila Cinta Ada, Pesona Cinta dan Sepenggal Kasih.

Soal cinta

Menyentuh mengenai soal peribadinya pula, Asmidar berkata, dia kini masih lagi ‘single’ dan ingin fokuskan kepada kerjaya dalam bidang nyanyian terlebih dahulu.

“Saya ini seorang yang susah nak jatuh hati dengan seseorang. Kalau boleh sekarang ini saya nak fokus pada kerjaya dahulu,” katanya.
Ditanya mengenai lelaki idaman Asmidar, memberitahu, dia bukanlah seorang yang memilih, tapi biarlah seorang lelaki yang bertanggungjawab.
 "Rupa paras tidak penting, yang penting, adalah hati dan menghormati kedua ibu bapa saya. Kalau boleh, biarlah dia seorang yang dapat membimbing diri saya dan boleh memberikan nasihat yang berguna," katanya.

Benci Pun Tak Per Janji Boleh Berlakon

Di dalam dunia lakonana ini,,pada peringkat awal,,ambil sahaja peluang untuk mengembangkan bakat di dalam industri serta mengukir sedikit nama untuk lebih dikenali ramai..

Kemeriahan industri hiburan tanah air kini dilihat semakin berkembang dengan kehadiran bakat baru yang tidak kurang hebatnya.

Bagaimanapun, tidak semua antara mereka mampu memperkenalkan bakat dalam masa singkat, sebaliknya untuk menempa nama dan mencuri ruang dalam arena ini, mereka terpaksa berdepan pelbagai cabaran.

Selain ilmu, pengamalan yang ditimba adalah aset dalam mengukuhkan nama sebagai anak seni.

Begitulah perjalanan pelakon tinggi lampai berusia 23 tahun ini, sejak awal melibatkan diri dalam bidang lakonan, dia sentiasa menyibukkan diri dengan menghadiri kelas-kelas lakonan teater.

Bagi Tengku Hanis, sebelum wajahnya terpampang di kaca televisyen menerusi pelbagai drama, dia sebenarnya pernah bergelar pengacara bagi sebuah program televisyen.

"Karier dalam bidang seni bermula sejak saya di bangku sekolah lagi dengan menjadi pengacara.

"Dalam pada masa sama, saya amat meminati bidang lakonan dan mula curi-curi masuk kelas teater.

"Ketika itu umur saya 16 tahun dan tanpa pengetahuan keluarga saya diam-diam mengikutinya kerana mereka tidak setuju saya melibatkan diri dalam bidang seni memandangkan belum pernah ada seorang pun dalam keluarga saya menjadi artis,"  katanya.

Jelas Tengku Hanis, dia bagaimanapun mula serius terhadap bidang lakonan drama sejak tiga tahun lalu dan bersyukur apabila keluarganya merestui minatnya itu.

"Alhamdulillah, akhirnya keluarga memberi kepercayaan dan bersetuju dengan minat saya dalam bidang ini. Kalau boleh, saya juga tidak mahu menghampakan mereka," katanya.

Cenderung watak antagonis

Sering ditawarkan memainkan watak antagonis, akui Tengku Hanis, dia tidak kisah malah sentiasa memandang positif terhadap perkara itu.

Bicaranya, sebagai pelakon, dia perlu menerima apa sahaja kritikan dan pandangan mengenai lakonannya lebih-lebih lagi ia penting dalam memberikan lakonan yang berkesan.

"Secara jujurnya, saya memang tidak kisah melakonkan watak antagonis, bagi saya pengalaman membawa watak ini sedikit sebanyak menguji kemampuan lakonan saya.

"Mungkin pengarah lebih tahu kemampuan saya. Jadi, saya tidak ada alasan untuk menolak tawaran seperti ini kerana ia juga memberi kebaikan kepada karier saya," jelasnya.

Ditanya sama ada dirinya tidak kisah dibenci penonton kerana sering membawa watak antagonis, Tengku Hanis memberitahu, respons seperti itu berlaku kerana lakonannya menjadi.

"Melakonkan watak antagonis memberikan kepuasan dan ia tidak sama menerusi watak lain yang dibawa, tetapi saya bukanlah jahat seperti watak-watak yang pernah saya bawa.

"Sementelah, saya masih baru dalam industri ini dan banyak perkara yang perlu dilakukan untuk memantapkan lagi bakat lakonan," katanya.

Tidak gentar bersaing

Dalam pada itu, menyentuh mengenai persaingan yang wujud dalam industri hiburan hari ini, Tengku Hanis berkata, dia tidak akan tergugat dengan perkara itu, sebaliknya percaya bakatnya pasti diangkat suatu hari nanti.

"Sejak terlibat dalam industri ini, saya tidak pernah memikirkan persaingan yang ada sebagai penghalang untuk meneruskan impian menjadi pelakon yang berkualiti.

"Apa yang saya lihat, pelakon hari ini memiliki kelebihan dan keistimewaan tersendiri, sebab itu saya percaya pada rezeki masing-masing," katanya mengakhiri perbualan.

Dalam perkembangan lain, Tengku Hanis bakal muncul dengan drama bersiri terbaru di slot Akasia berjudul Sedetik Cinta yang bakal ditayangkan mulai hari ini bergandingan dengan pelakonpelakon lain seperti Awal Ashaari, Hanez.

Aeron Di Sahkan Paru Paru Berair

Bersabarlah,,semua itu adalah dugaan Tuhan terhadap apa yang kita buat di dunia ini,,dan sentiasa berdoa agar di berkati di dalam setiap hal yang dilakukan..

SIAPA sangka aktor kacak yang merupakan pengacara bagi program realiti, Fear Factor Selebriti Malaysia mengalami masalah kesihatan ketika menjejakkan kaki di bumi Cape Town, Africa di awal penggambaran tahun lalu.

Gara-gara tidak mendapat rehat yang secukupnya selepas penggambaran filem arahan Ahmad Idham, dan terpaksa memakai pakaian basah seharian selepas memandu kereta terjun ke dalam kolam.

Tambahan pula cuaca di Cape Town mengalami perubahan setiap masa menyebabkan keadaan Aaron bertambah teruk.

Sempat menjalani penggambaran bagi episod pertama, Aaron kemudiannya ditahan di wad kerana disahkan menghidap pneumonia atau paru-paru berair.

“Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan, doktor menahan saya di wad kerana keadaan ketika itu sangat teruk dan tidak berdaya.

“Saya sempat tidur semalaman di wad, namun tidak selesa dengan keadaan wad yang dipenuhi warga emas, saya minta keluar dari hospital,” kata Aaron sambil ketawa.

Selepas keluar dari wad, Aaron mengambil keputusan berehat di hotel dan diberikan cuti selama seminggu.

“Lima hari tidak dibenarkan bekerja dan saya kembali mengacara semula dalam episod keempat.

“Inilah kali pertama saya diserang penyakit pneumonia, sebelum ini tidak pernah menghidap apa-apa penyakit kronik,” tutur Aaron.

Kaku mengacara

Menyentuh mengenai karier terbarunya sebagai pengacara, Aaron menegaskan dia tidak akan menerima sebarang tawaran untuk mengacara program melainkan Fear Factor.

Berpunca dari fobia terhadap pentas, dia bimbang tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan baik.

“Dalam Fear Factor sendiri saya telah dilabelkan sebagai kaku, apatah lagi di atas pentas. Begitu juga menyanyi, itu merupakan kali terakhir. Lepas ini tiada lagi,” tegas Aaron.

Selain itu, Aaron juga turut berdepan dengan masalah bahasa dan sukar untuk menerangkan perkataan-perkataan tertentu seperti kerangka besi dan jaring.

“Saya tidak biasa kerana apabila ditafsirkan ke Bahasa Melayu ia menjadi pelik,” katanya.

Sibuk mengarah

Bercerita mengenai perkembangan terbarunya pula, Aaron yang kini turut bergelar pengarah tidak menang tangan menjalani penggambaran bagi filem sentuhannya itu.

Menampilkan dirinya sendiri dan Nabil sebagai teraju utama, filem yang diberi judul Romeo Kota ini turut dibintangi oleh pendatang baru yang juga pengacara, Hanis Zalikha.

“Ia masih dalam penggambaran dan judul Romeo Kota ini pun hanya sekadar ‘working title’ sahaja. Sebaik tamat penggambaran saya akan menukarnya dan ia masih dalam perancangan,” katanya.

Sedikit mengenai Romeo Kota, ia mengisahkan dua pegawai polis (Aaron dan Nabil) memburu penjenayah di kota besar sehingga bertembung dengan pelbagai kerenah manusia.

Filem ini turut menyelitkan babak aksi, komedi dan romantik.

Artis Seberang Sek Si Ber Ta Too

Tuesday, April 2, 2013

Wanita yang suka bertatoo dari seberang,,dia adalah seorang artis yang masyhur dan penuh kontroversi,,tengok gambar dah kenal,,Nikita Mirzani..

Dia ini suka sangat bertatoo,,sehinggakan sampai ke 17 tatoo dibuat pada tubuhnya cantik molek..diantaranya bahagian paha,tangan kiri,tangan kanan,dada berserta punggung,.

Antara juga gambaran yang di gemari adalah bunga,daun berserta tulisan,,khabarnya juga beliau bercita-cita untuk menjadi model majalah playboy atau apa-apa saja janji di negara barat..














Wah!! Pandainya Dia Reka Kasut

Kerana minat apa-apa sahaja boleh jadi,,mungkin pelakon idola kita ini jadi pereka kasut suatu hari nanti,,ekoran daripada kata-katanya yang betul !! memang minat mereka kasut..

Apa tidaknya,,kasut yang nak digayakan olehnya,,dialah yang reka rekabentuknya,,jarang-jarang boleh jumpa artis yang macam ini punya kreatif..

MINAT dan berani dalam memperagakan fesyen, pelakon cantik, Siti Saleha akui memiliki hasrat untuk menghasilkan rekaan kasutnya sendiri.

Pelakon yang terkenal dengan drama Nora Elina ini memberitahu hasrat itu cuba direalisasikan secara berperingkat sehingga ianya benar-benar berjaya dilaksanakan sepenuhnya.

"Memang sejak dari dulu lagi saya minat dalam bidang ini dan buat masa ini saya hanya akan reka kasut untuk kegunaan sendiri.

"Jika ada peluang dan masa yang sesuai mungkin saya akan gunakan kesempatan yang ada untuk lebih serius dalam bidang tersebut," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Saleha kini sedang menjalani penggambaran filem terbaru lakonannya berjudul ‘Bikin Filem’ yang turut menampilkan pelakon Sharifah Amani dan Bront Palarae.

Kecoh Tentang Perkahwinan - Brad Pitt vs Angelina Jolie

Kerana cincin,,heboh di Hollywood ,,apakan tdaknya,,kut !! kut !! nikah rahsia..tetapi semuanya ditangkis tentang perkahwinan beliau..

TIBA-TIBA sahaja Hollywood kecoh mengenai perkahwinan aktres serta aktor popular, Angelina Jolie dan Brad Pitt, baru-baru ini.

Menurut sumber, ia berikutan Jolie dilihat memakai dua bentuk cincin di jarinya.

"Walaupun ditanya beberapa kali, Jolie tetap menafikan berita tersebut.

Katanya, cincin yang dipakai bukanlah cincin perkahwinan tetapi dibelinya sendiri.

"Namun, dia sempat memberitahu perkahwinannya nanti akan diuar-uarkan dan mereka tidak sesekali merahsiakannya," katanya.

Dulu Pelakon Dan Sekarang Penyanyi - Ryzal


Dulunya dikenali sebagai pelakon dan memang dia ini seorang pelakon tetapi ada bakat yang terpendam selama ini yang tersimpan di dalam dirinya,,dan sekarang bergelar penyanyi pula ,apabila mengeluarkan album sulungnya,,memang ramai peminat-peminat beliau terkejut Ryzal ini boleh menyanyi..
MUNGKIN ramai yang tidak tahu, pelakon Ryzal Jaafar sebenarnya memiliki bakat dalam bidang nyanyian dan berhasrat untuk bergerak serius sebagai penyanyi.

Menurut Ryzal, minat sebenarnya bukanlah terletak pada bidang lakonan tetapi bidang nyanyian, namun tidak menyangka rezeki sebagai seorang pelakon lebih menyebelahi dirinya.
"Bagaimanapun, saya masih menyimpan hasrat untuk bergelar seorang penyanyi dan sekarang saya dalam perancangan untuk ke arah itu dengan menghasilkan sebuah single.

"Mungkin single itu menampilkan muzik pop balada dan diselitkan sedikit elemen k-pop," katanya yang kini sedang membintangi drama bersiri Bangkitnya Seorang Perempuan dalam slot Samarinda di saluran TV3.

Mencari teman istimewa

Menyentuh mengenai perjalanan kehidupannya, pelakon yang kini mencecah usia 31 tahun ini memberitahu dirinya masih belum memiliki teman istimewa.
"Secara jujurnya, sekarang saya memang ada keinginan untuk memiliki cahaya mata. Tapi jodoh masih belum ada dan sekarang saya masih mencari pasangan yang sesuai.

"Saya sedar usia semakin meningkat dan ada kalanya agak cemburu melihat pasangan suami isteri lain," katanya.
Bertanyakan ciri-ciri wanita pilihannya, Ryzal memberitahu dia tidak mahu terlalu memikirkan soal itu.

"Saya sendiri tidak meletakkan ciri-ciri tertentu terhadap wanita yang akan saya pilih. Bab itu saya tidak kisah, yang penting dia seorang yang memahami," katanya.

Inilah Kisah cinta Maya bersama Remy

Sunday, March 31, 2013

Biasalah di dalam dunia hiburan,,tak boleh lari daripada kontroversi..

TIGA tahun lalu, heboh sana sini orang memperkatakan bahawa Remy Ishak dan Maya Karin menjalinkan hubungan cinta.

Semuanya, gara-gara keakraban kedua selebriti ini ketika menjayakan pementasan Natrah. Tidak kurang juga ada yang mengatakan kedua pelakon ini kerap berjumpa dan bercuti bersama.

Apatah lagi ketika itu, Maya mengalami pergolakan rumah tangga sehingga ada pihak meletakkan Remy sebagai orang ketiga dalam rumah  tangga Maya.

Namun semua gosip itu beredar bagai angin lalu, apatah lagi Remy ketika itu dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan heroinnya dalam drama Nur Kasih, Tiz Zaqyah.

Bagaimanapun, selepas hubungan Remy dan Tiz berakhir tahun lalu, Maya dan Remy dilihat mula akrab kembali apabila gambar percutian mereka di Hutan Simpan Imbak Canyon dan Maliau Basin di Sabah dimuat naik ke internet.

Tidak melatah dengan gosip percintaan yang kembali bertebaran, Maya berkata, ada kalanya dia terasa tercuit hati dan terharu apabila peminat seolah-olah memberi restu 'hubungannya' bersama Remy.

"Bagi saya, orang yang mengatakan saya bercinta dengan Remy adalah orang yang menyayangi saya kerana mereka mahu melihat saya bahagia.

"Malah saya juga tidak berasa marah atau sakit hati apabila perkara ini dibangkitkan, sebaliknya merasa situasi ini agak comel.

"Namun, jawapan saya tetap saya seperti beberapa bulan yang lalu atau tiga tahun yang lalu, bahawa saya dan Remy hanya berkawan baik, sama seperti hubungan saya dengan Bront (Palarae) dan Farid (Kamil)," ujarnya kepada Zass.

Maya berkata, kadang kala timbul juga rasa bosan apabila gosip cintanya dengan Remy bagaikan tiada kesudahan. Meskipun ada antara selebriti yang awalnya tidak mengaku bercinta dan akhirnya terkantoi, kes dia dan Remy pula berlainan.

Akui terkilan

Menyentuh pula mengenai ketidakhadirannya pada malam anugerah Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM25) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 2 Mac lalu, Maya berkata, dia mengakui berasa terkilan.

"Saya sebenarnya amat bersyukur atas kemenangan trofi Pelakon Wanita Terbaik itu dan kali kedua menerima anugerah tersebut daripada penganjuran FFM, saya tidak dapat hadir. Sama seperti kali pertama menerima anugerah tersebut pada FFM21.

"Biasanya jika tidak ada urusan, saya tak pernah ketinggalan menjayakan majlis anugerah. Memang agak terkilan tapi nak buat macam mana kerana saya telah buat perancangan untuk bercuti semenjak November lagi dan segala urusan termasuk tiket penerbangan telah di buat dari awal," katanya yang ke London untuk berjumpa adiknya dan kemudian ke Berlin untuk berjumpa mak ciknya ketika FFM berlangsung.

Maya berkata, baginya kemenangannya itu adalah 'kemenangan istimewa berganda' kerana ketika awal diumumkan akan membawakan watak Izzah, ramai yang tidak bersetuju dan mempertikaikan kebolehannya.

"Ucapan terima kasih teristimewa saya tujukan kepada penerbit, Sharad Sharan dan pengarah, Osman Ali yang memberi kepercayaan kepada saya untuk membawakan watak Izzah dan anugerah itu membuktikan saya berjaya mengatasi cabaran daripada pihak yang menentang sebelum ini," jelasnya.

Masih selektif

Berkongsi mengenai perkembangan seninya, Maya berkata, sebelum bercuti dia sempat menyudahkan penggambaran filem Misi Sejoli dan dua minggu lagi, dia akan terbang ke Sarawak untuk memulakan penggambaran Nota.

"Misi Sejoli adalah naskhah komedi dan Nota adalah filem seram yang diarahkan oleh pengarah dari Jepun. Ia merupakan filem usaha sama produksi dari Malaysia dan Jepun," katanya.

Maya berkata, sehingga kini dia masih selektif memilih tawaran dan biasanya lebih suka memilih filem yang mempunyai nilai artistik.

Gempak Harijadi Berserta Tarian Pole Dance

Nak kongsi sedikit cerita lama tentang sambutan harijadi yang penuh gemilang serta berkonsepkan ,,sambil layan tarian pole dance..sambuatan ini pada tahun 2009 lalu..

Dah nama artis,,mungkin dengan membuat sambutan kat situ lebih kegilaan sedikit serta lebih menarik..dengan tidak mengenal erti sambutan kelahiran yang sebenarnya..

Gambar ini sebagai teladan dan jangan sesiapa menyanbut harijadi di tempat sebegini,,kalau di rumah sendiri lagi baik..Di kala ini sudah ramai artis kita yang bertudung ..











Apa Dah Jadi Sudah Terjadi - Nikah Lagi

Terpaksalah mereka ini bernikah kali kedua setelah berbulan tinggal bersama,,kerana matlumat yang di katakan palsu,,pernikahan pertama mereka terbatal oleh mahkamah..

SELEPAS Selepas tiga bulan menjadi suami isteri, pelakon Siti Fazurina dan suaminya, Muhammad Hykal Zulkifli, 32, bernikah kali kedua apabila pernikahan pertama mereka dikatakan tidak sah.

Melalui kenyataan ibu Fazurina, Zuraidah Abu Bakar, pihak mahkamah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi maklumat palsu.

"Perkahwinan keduanya berjalan dengan sempurna berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini.

"Bahkan, Fazurina memberitahu bahawa dia adalah anak tunggal selain menggunakan bapa saudaranya sebagai wali sedangkan maklumat tersebut adalah palsu," kata Zuraidah.

Bagaimanapun, Zuraidah menegaskan dia belum terfikir untuk memaafkan kesilapan Fazurina yang membelakangi keluarganya untuk mengahwini lelaki pilihannya itu

Lisa Kini Dieksploitasi?

Kalau dah cantik dan glamour,,macam-macam boleh terjadi..

SELEPAS kes kecurian wang dari bank, pelakon jelita Lisa Surihani kini berhadapan dengan masalah lain apabila gambarnya digunakan tanpa kebenaran oleh sebuah syarikat produk kecantikan luar negara.

Menurut Lisa, gambarnya telah disalah gunakan untuk melariskan produk mereka.

Melalui laman Facebook, Lisa berkata, dia sudah memberi amaran kepada syarikat tersebut agar tidak terus mempergunakan dirinya.

"Saya masih duta produk Garnier dan saya berharap agar pihak berkenaan memperbetulkan kenyataan mereka mengenai isu ini," kata Lisa.

Yakin Vokalis Terbaru - ST12

Friday, March 29, 2013


ST12 artis seberang yang tersohor yakin dengan vokalis terbarunya..
BERITA perpecahan band terkenal Indonesia, ST12 memang mengejutkan peminat-peminatnya. Setelah empat tahun menyepi, akhirnya, ST12 kembali dengan tiga ahli baru dengan mengekalkan seorang saja ahli lama, Pepep atau nama sebenarnya Ilham Febry.
Setelah vokalis dan pemain gitar asal ST12, Charly serta Dedy Sudrajat mengundur diri, Pepep meneruskan perjuangan ST12 dan kembali dengan album Lentera Hati. Kini, ST12 dianggotai Pepep, Ridho Tuah, Koko dan Indra.
Ikuti temu bual Sinar Harian Online bersama ST12 yang ditemui pada majlis pelancaran album dan Showcase ST12, semalam.
SINAR HARIAN ONLINE: Ceritakan sedikit tujuan kedatangan ST12 ke Malaysia kali ini.
ST12: Ini merupakan salah satu bentuk program yang dibuat oleh Rumpun Records dan Universal Music, program promo selama seminggu. Kami tiba di Malaysia Isnin lalu. Ada promo radio, TV, sidang media, sesi temu peminat, ada showcase dan mungkin ada penggambaran klip video di sini untuk single-single yang lain. Jadi, kedatangan kali ini sangat padat dengan aktiviti.
SINAR HARIAN ONLINE: Cerita sedikit tentang album kelima ST12.
ST12: Album kelima ini bertajuk Lentera Hati dengan hit single  adalah Putih Putih Melati. Ini saya persembahkan memang ada satu pemikiran bahawa saya sangat prihatin dengan penciptaan karya. Maksudnya, begitu hilangnya lagu-lagu rakyat dan lagu zaman kanak-kanak dulu. Rasanya kurang sesuai apabila kanak-kanak menyanyikan lagu cinta orang dewasa. Jadi saya mahu mengimbau agar kita sebagai ahli muzik boleh menciptakan atau mengingatkan kembali lagu-lagu itu, agar mereka juga boleh mengingatnya kembali.
SINAR HARIAN ONLINE: Semua lagu yang dimuatkan dalam album ini diciptakan sepenuhnya oleh Pepep sendri?
Pepep: Ya. Alhamdulillah.
SINAR HARIAN ONLINE: Putih-Putih Melati berjaya mendapat tempat di hati peminat. Apa cerita di sebalik lagu tersebut?
PEPEP: Saya mendapat inspirasi daripada anak perempuan saya, yang tanpa sengaja dia menyanyikan lagu itu ketika saya berada dalam bilik yang lain. Saya mendengar dari jauh dan saya fikir lagu itu mantap juga tetapi saya mencuba untuk menggarap lagu ini dengan cara ST12, versi ST12.
SINAR HARIAN ONLINE: Lagu Putih Putih Melati itu dikatakan ‘kedekut’ lirik kerana liriknya pendek dan hanya ada tiga rangkap. Apa komen Pepep sebagai pencipta lagu itu?
PEPEP: Saya mempunyai strategi khusus. Saya ada ramuan khusus sebenarnya. Empat album ST12, sudah kami lancarkan. Album demi album, saya melihat strategi pasar dan strategi jualan. Bagaimana menciptakan satu karya muzik yang boleh dinikmati.
Pertama, kenapa saya buat lirik lagu itu pendek? Kerana saya mahu pendengar mengulang-ulang lagunya, sehingga mereka boleh tahu. Semakin lama, mereka tak sedar bahawa mereka sudah ‘diracuni’. Maksudnya mereka terperangkap dalam lagu itu kerana dia cuba untuk mengulang lagu itu. Akhirnya, mereka masuk dalam notasi lagu tersebut.
Kedua, strategi Pepep dan kawan-kawan juga. Jujur, saya begitu prihatin dengan nasib kanak-kanak menyanyi lagu cinta orang dewasa. Mana lagu anak-anak kita dahulu? Saya mahu mengingatkan kembali kepada mereka bahawa Asia ini mempunyai karakter atau budaya yang baik. Tak semua lagu Barat boleh dicerna dengan baik. Saya juga mahu memberikan yang terbaik agar lagu ini boleh dinikmati oleh semua peringkat umur. Untuk mendengar lagu Putih Putih Melati, tidak perlu mempunyai intelektual yang tinggi, kerana lagu itu sudah merupakan lagu rakyat.
SINAR HARIAN ONLINE: Jadi benar Pepep mengambil lagu itu daripada lagu rakyat?
PEPEP: Istilahnya bukan mengambil. Kalau mengambil itu saya boleh dihukum kerana menciplak. Tapi saya tidak mengambil. Saya menginspirasikan daripada lagu rakyat. Tak ada urut ulang kalau ada bererti ‘repackage’. Saya perlu minta izin daripada penyanyi yang asli. Tapi tidak, kerana memang peraturannya begitu. Notasinya juga berbeza dari lagu asal.
SINAR HARIAN ONLINE: Ahli ST12 semua muka baru. Hanya Pepep yang kekal sebagai ahli lama. Mungkin boleh perkenalkan mereka kepada kami.
PEPEP: Ini formasi terbaru daripada ST12.
KOKO: Saya Koko bermain gitar.
INDRA: Saya Indra bermain bass.
RIDHO : Saya Ridho, vokalis.
SINAR HARIAN ONLINE: ST12 sudah pun menemui vokalis baru setelah beberapa tahun mencari pengganti Charly. Untuk menggantikan tempat Charly yang diketahui keunikan suaranya. Bagaimana perasaan Ridho menggalas tugas itu?
RIDHO: Mungkin kalau dikatakan beban (ganti Charly) itu ada. Tekanan juga ada. Gembira juga ada. Tetapi saya tak terlalu memikirkan. Saya bakal membawa nama ST12 dengan lebih baik.  Selalu berkarya bersama ST12 untuk memberikan sesuatu yang berbeza daripada formasi lama kepada peminat di mana pun mereka berada.
SINAR HARIAN ONLINE: Dalam album menunjukkan Pepep dan Ridho sahaja sebagai ST12. Tetapi hari ini, ST12 turut dianggotai Indra dan Koko juga. Jadi, bagaimana posisi mereka dalam ST12 sebenarnya?
ST12: Awalnya, cuma saya dan Ridho. Sebenarnya, mereka juga sudah cuba untuk menyertai ST12, tetapi kerana di Indonesia mereka juga mempunyai band yang ada kontrak, tapi pada masa itu kami sudah harus sesegera mungkin menyiapkan album ST12. Jadi, saya kata pada mereka, uruskan dulu. Selesaikan segala yang berkait dengan hukum. Selepas itu, baru kita boleh bergabung. Saat mereka sedang menyelesaikan perkara itu, kami sudah menandatangani kontrak dan membuat album. Mungkin Insya-ALLAH, album berikutnya kami akan sama-sama munculkan formasi berempat ini.
SINAR HARIAN ONLINE: Seperti yang diketahui, pada tahun 2011, ST12 mula berpecah. Mungkin Pepep boleh kongsikan apa sebenarnya yang berlaku?
PEPEP: Sebenarnya tidak ada masalah kerana semua berjalan dengan semula jadi. Saya percaya bahawa Allah sudah mengatur segala sesuatu di muka bumi ini. Saya tak pernah mahu menyalahkan siapa yang salah, siapa yang betul. Tetapi yang pasti sekarang, ‘let it flow’. Hidup mesti diteruskan.  Kita jalan terus, berkarya terus, kita berjuang terus. Mana yang kita boleh bergabung, mari. Mana yang boleh kita perjuangkan, mari. Kalau tak mahu berjuang, silakan keluar. Kita adil saja.
SINAR HARIAN ONLINE: Selalunya apabila ahli band itu seorang demi seorang keluar, akhirnya band itu akan berpecah. Tetapi kenapa Pepep masih meneruskan dengan ahli baru?
PEPEP : Jawapannya cuma satu. Demi peminat. Secara jujur, saya mahu berehat dari industri muzik, tapi saya masih perjuangkannya kerana peminat. Tanpa peminat, kami juga tak boleh buat apa-apa. Siapa pun band yang meletup, tanpa peminat, mereka tak boleh pergi jauh. Jadi, kami masih berjuang sampai sekarang pun kerana peminat. Jadi, apa yang kami lakukan hari ini, semuanya kerana peminat.
SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana penerimaan peminat terhadap ST12 dengan ahli baru?
 ST12: Saya bersyukur. Dulu pun saya bersyukur. Mensyukuri dengan apa yang saya lakukan atau saya kerjakan. Prestasi yang ST12 dapat sekarang dengan lagu Putih Putih Melati yang orang kata di Malaysia cukup dikenal, meletup, ramai yang tahu lagu ini, saya hanya mengatakan, alhamdulillah. Maksudnya, usaha dan kerja kita boleh diterima di sini. Kami bersyukur dan terima kasih buat peminat-peminat di Malaysia. Jangan segan-segan untuk memberikan kritik dan saran, juga doanya kerana kami bukan band hebat tanpa mereka, kami bukan band yang super. Jadi, tetap doakan kami, berikan input buat kami agar kami boleh terus hasilkan karya muzik yang lebih baik lagi.

SINAR HARIAN ONLINE: Penerimaan peminat di Indonesia dengan vokalis baru pula?
PEPEP: Kami memang tak mungkiri bahawa suara Charly sudah mengisi empat album di ST12, tetapi bukan bererti, karakter daripada sebuah band itu boleh menghilang. Ertinya, memang menjadi satu kesatuan yang kukuh. Justeru, kami ada satu perbezaan yang sangat signifikan dari ST12 sekarang. Saya tak mungkin mencari seorang vokalis seperti Charly kerana dia hanya satu-satunya di dunia. Tidak ada manusia di dunia ini yang sama. Kalau nak mencari karakter seperi Charly, sangat tidak ada. 
Sekarang saya mengubah konsep yang lebih segar dengan karakter... teknik yang lebih segar, moden dan progresif. Makanya, saya mengambil Ridho setelah diadakan melebihi 500 uji bakat. Di Indonesia sendiri, kami sedang mengambil pendekatan untuk mengadakan promosi. Di Malaysia, sudah yang terbaik, saya kata. Tapi yang pasti alhamdulillah bahawa Ridho boleh memberikan sesuatu yang baik di album ini. Juga memberikan sesuatu yang positif untuk ST12 dan juga peminat-peminatnya. Alhamdulillah kami menerima respon yang positif serta sokongan daripada ahli muzik dan peminat-peminat.
SINAR HARIAN ONLINE: Agak-agaknya, apa faktor yang membuatkan ST12 diterima di Malaysia dan negara-negara lain?
ST12: Kami berusaha untuk menciptakan suatu karya muzik yang ‘easy listening’ yang ringan, mudah dicerna dan tak perlu bahasa yang terlalu dalam. Ada kalanya kami membuat konsep muzik yang dalam, ada kalanya juga konsep yang ringan. Indonesia, Malaysia, Brunei atau bandar-bandar tetangga di Asia merupakan satu rumpun yang dari segi bahasa tidak jauh berbeza, jadi, itu juga merupakan satu kemudahan buat kita bagi menciptakan strategi-strategi yang baik untuk membuat karya muzik di ST12.
SINAR HARIAN ONLINE: Rasanya-rasanya di Malaysia, ST12 dah popular tak?
ST12: Alhamdulillah, saya selalu kata pada diri sendiri, kawan-kawan, seorang yang tahu ST12, seribu orang yang tahu ST12, bagi kami, kami tetap bersyukur. Maksudnya, kami cuba memberikan yang terbaik. Kami tak pernah mengharapkan yang besar-besar. Selalu kami tahu bahawa manusia tak pernah puas.  Jadi, tak ada habisnya. Lebih baik kita bersyukur. Jangan pernah menganggap bahawa kita terkenal tapi selalu menciptakan karya-karya terbaik yang secara tak langsung akan menghantarkan populariti itu secara sendiri.
SINAR HARIAN: Apa perancangan ST12 setelah kembali dalam industri seni?
ST12: Untuk 2013, kita sudah lihat hasilnya. Beginilah. Sudah boleh lihat sendiri perkembangannya, sudah boleh dengar sendiri. Untuk 2014, kami berharap, lebih daripada ini, itu sasaran. Tapi saya haraplah.
SINAR HARIAN ONLINE: Ada tak rancang untuk berkolaborasi dengan artis di Malaysia?
PEPEP: Ada tak untuk kolaborasi?
INDRA: Ada. Dengan Iklim. Saleem.
PEPEP: Ya Saleem.
INDRA: Sudah tentu kami tahu lagu-lagu Saleem.

Di Perguna Teman Wanita Kerana Mengejar Glamour

Thursday, March 28, 2013

Bahaya kerana terlalu percaya,,seorang artis ini sudah masuk perangkap,,demi mengejar populariti teman wanita sanggup mempergunakan maruah diri dan temannya yang penuh glamour bagi menaikkan namanya..

Itulah kehidupan di dunia glamour yang tidak mengira kasih dan sayang yang di curahkan untuknya,,emas permata diberikan, namun aib yang diberikan..

Sanggup mencurangkan dengan mengambil video dan mendedahkan kepada umun demi matlamat sendiri,,iaitu penuh Glamour...

SEBELUM ini, ahli kumpulan Jonas Brothers, Joe Jonas, dikenali dengan imej bersih. Malah, nama Jonas juga jarang dihimpit kontroversi.

Namun kini, namanya mungkin tercalar selepas video rakaman aksi mesra bersama teman wanitanya, Blanda Eggenschwiler, mula tersebar pada bulan lalu.

Malah, Eggenschwiler mengakui bahawa dialah orang yang bertanggungjawab menyebarkan video itu. Menurut Eggenschwiler, dia sengaja melakukan perkara itu untuk menaikkan popularitinya. "Itulah Jonas. Namun, saya tidak pasti sama ada dia (Jonas) sudah mengetahui perkara itu atau tidak," katanya.

Hasrat Beckham Ketika Kecil Terkubur


Cita-cita zaman kecil dan sehingga dewasa bukannya selalu menjadi kenyataan,,itulah juga yang terjadi kepada bintang bola sepak terkenal..
Walau perasaan yang terpendam dan teringin melakukannya tetapi kerana desakan keluarga yang tidak berap setuju dengan apa yang di cita-citakan,,akhirnya terkubur jua..
TERKENAL sebagai pemain bola sepak dunia, David Beckham, 37, sebenarnya pernah menyimpan hasrat untuk menjadi anggota tentera.
Malah menurut Bekham, cita-citanya itu lahir sejak kecil sebelum dia melibatkan diri dalam arena sukan bola sepak lagi.

"Bagi saya menjadi tentera amat mencabar sebab itulah saya pernah berniat untuk masuk ke sekolah tentera.
"Tapi disebabkan keluarga tidak mengizinkan, saya memilih untuk aktif dalam sukan bola sepak sehingga ke hari ini," katanya.

Pakaian Kontroversi Joanne - Adik David Beckham

Wednesday, March 27, 2013

Gambar adik kepada pemain bola sepak terkemuka dunia telah memakai pakaian yang begitu tidak bersesuian sehinggakan menjadi kontroversi...

Dia yang bernama Joanne telah memilih fesyen yang salah menyebabkan kamera paparazzi tertumpu padanya , mungkin kurang bertanya pada kakak ipar kot....

Ketika ini beliau menyambut hari kelahiran ke 31 tahun,,tak sangka pula dengan pakaian begini menjadi tajuk hanyat di dunia..






Kenapa Ramlah Ram Pinggir Peminat Berusia?


Sabar jer lah peminat-peminat sekalian..
SEBELUM ini, menerusi lagu, Sesaat Kau Datang, penyanyi hebat, Ramlah Ram, tampil dengan kolaborasi bersama kumpulan anak muda dari Singapura, Sleeq.

Nyata percaturannya itu meraih sambutan hebat di kalangan peminat, Ramlah sekali lagi menggunakan khidmat penyanyi muda, Caprice, untuk lagu, 5:00 minit.

Masih mengekalkan konsep yang sama, pelantun lagu, Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, ini semakin ligat memilih generasi muda dalam penghasilan lagu barunya.
Pun begitu, akui Ramlah, dia tidak pernah terlintas untuk meminggirkan peminat berusia apabila menampilkan lagu-lagu segar yang sesuai untuk halwa telinga remaja.

"Saya masih lagi Ramlah Ram yang dulu. Jika sebelum ini saya lebih kepada irama balada, namun kini saya memilih untuk tampil dengan elemen segar seperti rap dan R&B mengikut permintaan pendengar.

"Namun, ia bukan bermaksud saya terus melupakan peminat di era 80 hingga 90 an dahulu. Malah, dari maklum balas yang diterima, peminat berusia juga tetap mengikuti perkembangan lagu-lagu baru saya.

"Malah, saya juga sering mengambil pendekatan dengan menyanyikan lagu-lagu lama ketika membuat persembahan. Tiada istilah meminggirkan mereka dan saya tidak akan sesekali meninggalkan lagu-lagu lama," kata anak jati Johor ini.

Sudah lama intai Caprice

Ditanya mengenai pemilihan kumpulan rapper, Caprice pula, Ramlah mengakui sudah lama 'mengintai' kumpulan yang pernah popular dengan lagu, Chikaro, ini menerusi laman sosial, Youtube.
Menurut Ramlah, idea untuk menghasilkan lagu duet bersama Caprice sudah lama difikirkan dan percaturan ini membuahkan hasil.
"Melihat konsep dan cara nyanyian mereka, saya memang tertarik dengan gaya nyanyian mereka. Lagipun, Caprice pernah bekerjasama dengan penyanyi lain.
"Sebelum merakamkan lagu, Sesaat Kau Datang, saya sudah terdetik untuk berbincang dengan mereka mengenai lagu tersebut. Namun, berikutan kegagalan menghubungi mereka, saya lancarkan lagu bersama Sleeq terlebih dahulu.

"Walaupun konsep lagu lebih kurang sama, namun saya yakin antara Sleeq dan Caprice, tetap ada perbezaan," katanya yang melancarkan video lagu 5:00 minit pada 18 Mac lalu.

Muzik video itu diarahkan, Sam Kuman dan ia adalah kesinambungan untuk video, Sesaat Kau Datang yang diterbitkan oleh Ramlah Ram Group Entertaiment (RRG-E).
Kata Ramlah, dia bersyukur dengan penerimaan pendengar menerusi lagu barunya itu dan berharap agar sokongan itu dapat diteruskan untuk lagu-lagu yang akan datang.

Selesa bekerja dengan Caprice, Sleeq

Jika segelintir penyanyi lain menghadapi kesukaran untuk bekerjasama dengan penyanyi muda, namun bagi Ramlah, kolaborasi itu memberi kenangan berbeza buatnya.
Mengakui selesa bekerjasama dengan Caprice dan Sleeq, Ramlah tidak menolak untuk bekerja dengan dua kumpulan ini di masa akan datang.

"Memang ada perbezaan idea antara kami, namun semuanya diselesaikan dengan cara berbincang. Perbezaan idea bukan sahaja berlaku di antara golongan muda dan tua. Namun, kita harus bijak menyelesaikannya.

"Setakat ini, saya selesa bersama mereka. Mereka boleh mendengar idea saya dan saya juga memberi peluang kepada mereka untuk melontarkan idea.

"Pada mulanya, saya takut juga untuk bekerjasama dengan mereka, namun bila dah bersua muka, mereka sangat 'humble' dan menghormati saya sebagai orang yang lebih tua," katanya.

Gandingan pertama Izzue, Tiz - Sebenarnya Saya Isteri Dia

Hero dan heroin yang cukup sensasi akan menghiburkan penonton..

BUAT pertama kali pelakon cantik, Tiz Zaqyah dan Pelakon Harapan Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25), Izzue Islam digandingkan dalam drama bersiri yang diadaptasi daripada novel popular, Sebenarnya Saya Isteri Dia.

Pasti ramai yang ternanti-nanti drama ini ke udara ekoran gandingan mantap kedua hero dan heroin ini.

Drama yang ditayangkan di slot drama TV3 Zehra ini bakal menemui penonton bermula 29 Mac ini setiap Jumaat jam 9 malam.

Karya Zura Asyfar ini mengangkat kisah perkahwinan yang didasari atas rasa terpaksa demi menjaga maruah keluarga.

Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin dengan barisan pelakon popular seperti Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash/Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Mustapha Kamal (Datuk Fakhrul), Wilma (Datin Farizah), dan Marisa Yasmin (Aida).

Bercinta dengan orang lain tetapi berkahwin dengan orang lain, beginilah kisah cinta antara Syaf dan Firash bermula.

Syaf, Farish dan Firash dijemput ke majlis ulang tahun oleh Raina dan Raimy di mana mereka telah merancang sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan.

Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik.

Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua empat tahun daripadanya.

Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga tetapi dilakukan secara rahsia malah tiada ahli keluarga, saudara mara atau sahabat handai yang dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul.

Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai.

Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing dan mereka jarang bertemu. Jika bertemu, Firash sering menyakitkan hati Syaf.

Ditakdirkan Syaf ditugaskan ke Kerteh, Terengganu dan Firash turut menjalani latihan industri di syarikat sama.

Bermulalah kisah cinta mereka yang mula kelihatan dengan kehadiran orang ketiga, Haqimy. Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf.

Namun, Raina muncul kembali dan merosakkan segala-galanya.
Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .