SELEPAS kontroversi gambar seksi Rozita Che Wan (Che Ta) tersebar meluas sehingga mendapat kritikan hebat daripada peminatnya, Zain Saidin bertindak menutup akaun Instagramnya bagi mengelak perkara sedemikian berulang lagi.
Jelas Zain, dia turut terkilan dengan situasi yang menimpa kekasih hatinya itu. Jelas Zain, tindakannya memuat naik gambar Che Ta yang seksi itu bukannya untuk mencalarkan imej Che Ta, sebaliknya ia sekadar tanda cintanya dan betapa seriusnya hubungan mereka.
"Saya muat naik gambar tu semata-mata nak tunjuk kepada masyarakat bahawa kami semakin serius.
"Tentang seksi, saya tak kisah apa pandangan orang mengenai perkara itu," kata Zain yang ditemui ketika pelancaran siri terbaru Oh My English, kelmarin.
Diajukan mengenai pemakaian Che Ta yang semakin seksi sejak akhir-akhir, Zain segera mempertahankan bakal isterinya itu.
"Dia memang suka pakai macam tu (seksi) sejak dulu lagi. Dia juga memang suka bersolek tebal dan berbulu mata palsu. Tapi itulah Rozita yang saya kenal. Saya pasti semua orang pun dah tahu dia memang macam tu (seksi)," kata Zain.
Sementara itu, menyentuh perihal perkahwinan mereka, Zain berkata, persiapan perkahwinan akan dilakukan selepas sambutan Aidilfi tri nanti.
"Walaupun ada segelintir pihak tidak suka kami bersama, namun jika itu jodoh kami, saya terima," ujar Zain.
0 ulasan:
Post a Comment