Home » , » Derma RM 57 166 - Datuk Siti

Derma RM 57 166 - Datuk Siti

Written By Unknown on Friday, March 29, 2013 | 7:28 PM


Berita baik ini,,kalaulah ramai artis macam Datuk Siti ini,,baguslah juga untuk industri yang boleh melahirkan artis-artis dermawan..
NUSAJAYA – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyumbang sebanyak RM57,166 kepada Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) melalui kempen SimplySiti Di Hati bertujuan membiayai kos pembedahan tiga pesakit kanak-kanak.

Siti Nurhaliza mengakui sumbangan itu adalah hasil kutipan jualan produk Dermagic di bawah label SimplySiti yang dijalankan di seluruh negara.
Menurutnya, Huang Si Han, 9, dan Muhammad Lukman Yusri serta G Sharadha masing-masing berumur 11 tahun telah selamat menjalani pembedahan, namun masih menerima rawatan susulan.

“Siti bersyukur kerana hasrat membantu kanak-kanak ini menerusi Kempen SimplySiti tercapai walaupun Siti hanya sempat turun ke lima daripada 11 lokasi kerana terpaksa berada di New Zealand selama dua minggu berikutan kemalangan yang menimpa suami.

“Alhamdulillah, dua tahun lalu kita turut membantu dua pesakit kanak-kanak dan kali ini tiga lagi pesakit kanak-kanak dipilih untuk menampung keperluan kos pembedahan mereka,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Pengasas SimplySiti itu mengakui berasa teruja kerana berpeluang bersama Muhammad Lukman dan Sharada di Taman Tema Lego Land, manakala Si Han tidak dapat menyertai rombongan itu kerana sedang mendapatkan rawatan.

Pada majlis berkenaan, Siti Nurhaliza turut menyampaikan replika cek kepada Yayasan IJN yang diwakili Pegawai Agihan Dana dan Projek Khasnya, Mohd Riza Sidek.
Turut hadir, Pengarah Jualan dan Pemasaran Legoland Malaysia, M Thila.

Sementara itu, Mohd Riza berkata, sumbangan menerusi kempen yang diilhamkan Siti Nurhaliza itu amat bermakna kerana mampu menampung sebahagian daripada RM80,000 kos pembedahan tiga pesakit kanak-kanak terbabit.

“Yayasan IJN amat berbesar hati untuk meneruskan kerjasama seperti ini dalam usaha membantu lebih ramai pesakit jantung di negara ini bertujuan menampung kos pembedahan,” katanya.

Menceritakan tahap kesihatan Muhammad Lukman, ibunya, Roslina Taib, 38, memberitahu anak sulungnya itu bertambah baik, malah lebih aktif selepas menjalani pembedahan injap jantung Disember tahun lalu.

“Saya terharu dan berterima kasih kerana terpilih dalam kempen ini dan dapat membiayai kos pembedahan anak saya. Saya dan suami (Yusri Sulong, 38) yang bekerja sebagai juruteknik memang tak mampu biayai kos puluhan ribu ringgit," katanya.
Lukman disahkan mengalami masalah injap jantung dua tahun lalu dan memerlukan pembedahan segera membabitkan kos RM37,000.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .