Home » , » Penyelesaian Masalah Kewangan

Penyelesaian Masalah Kewangan

Written By Unknown on Thursday, March 7, 2013 | 2:16 PM

KURANG pengetahuan mengenai pengurusan kewangan, pinjaman peribadi, kenderaan dan penggunaan kad kredit secara berlebihan antara punca sering kali berlakunya masalah kewangan sehingga menyebabkan pengguna disenarai hitam dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan agensi seperti CTOS Sdn Bhd (CTOS) serta diisytiharkan muflis.

Kerunsingan dan tekanan yang dihadapi golongan ini kadang kala menyebabkan mereka berfikir dan bertindak di luar kewarasan fikiran yang juga mampu menyumbang kepada masalah jenayah seperti keruntuhan institusi keluarga, perceraian, bunuh diri, samun, rompak, ragut dan sebagainya.

Gejala ini turut menyebabkan kegelisahan kepada masyarakat dan memburukkan lagi imej negara di mata dunia

.Apabila menghadapi masalah kewangan tersebut, pengguna yang tiada tempat mengadu seakan buntu untuk menanganinya. Mereka cenderung memilih jalan mudah seperti melakukan pinjaman daripada peminjam wang haram atau lebih dikenali sebagai ah long. Nyata, ia bukan jalan penyelesaian terbaik, tetapi hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Ketengah konsep simpanan

Di atas kesedaran dan tanggungjawab itu, Koperasi Wawasan Selangor Berhad (KWSB) dengan kerjasama Rosza Resources terpanggil untuk membantu memberi jalan alternatif bagi menyelesaikan masalah CCRIS, CTOS dan muflis kepada mereka yang amat memerlukan tanpa mengeluarkan belanja yang besar.

Dengan objektif utama untuk membantu menyelesaikan masalah pengguna, aktiviti Bantu Ummah diperkenalkan dengan menggunakan konsep simpanan atau tabungan di kalangan ahli bagi membantu ahli lain serta mereka mereka  yang menghadapi masalah.

Selain menyediakan bantuan penyelesaian CCRIS, CTOS dan muflis, KWSB juga menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan yang komprehensif dengan skop yang luas kepada sesiapa yang layak.

Pengasas Rosza Resources, Datuk Salim Rohani berkata, pihaknya berperanan membantu mencari jalan penyelesaian dengan kaedah fleksibel dan tidak membebankan. Malah, setiap perkhidmatan perundingan yang diberi tidak dikenakan sebarang bayaran.

“Kami cuba membantu dengan konsep simpanan, di mana dalam tempoh enam bulan hingga setahun, pihak KWSB akan menyelesaikan masalah kewangan anda tanpa bayaran, Insya-ALLAH.

“Konsep baru pertama seumpamanya yang diperkenalkan di Malaysia ini secara tidak langsung bertujuan mengelakkan lebih ramai individu yang menghadapi masalah kewangan agar tidak terus dipinggirkan atau terlibat dengan masalah jenayah,” katanya.

Menurutnya, Program Bantu Ummah dapat menjana pendapatan berterusan dan bantuan maksimum RM200,000 disediakan kepada ahlinya.

Keahlian terbuka kepada sesiapa yang berminat dengan lima pakej yuran keahlian seumur hidup iaitu RM350, RM570, RM 790, RM1,010 dan RM1,230.

Sejak diperkenalkan Disember tahun lalu, aktiviti Bantu Ummah mendapat sambutan menggalakkan di mana lebih 500 ahli dan lebih 1,200 akaun telah didaftarkan dalam tempoh kira-kira tiga bulan.

Bagi memberi lebih penerangan mengenai program itu, Rosza Resources turut mengadakan jelajah ke seluruh negara sebanyak empat kali seminggu, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Turut tawar peluang perniagaan

Di samping membantu menyelesaikan masalah kewangan, KWSB turut menawarkan pelbagai faedah lain kepada ahlinya termasuk saham koperasi, dividen tahunan saham, memberi peluang perniagaan, pembiayaan untuk usahawan dan  pelaburan.

KWSB juga mengadakan usaha sama bersama rakan kongsi mereka, Saza Gemilang Sdn Bhd untuk memberi peluang perniagaan kepada ahlinya serta individu yang ingin menjalankan perniagaan atau menjadi ejen serta dan stokis dalam memasarkan produk kesihatan melalui kaedah rangkaian dagangan atau trading network di seluruh Malaysia.

Produk kesihatan tersebut akan mula diperkenalkan bulan ini dan akan meluaskan pasaran ke Brunei, Bangladesh, dan Dubai sedikit masa lagi.

Selain itu, KWSB juga menjalankan kerjasama bersama sebuah syarikat untuk membekalkan minyak masak di seluruh negara dalam masa terdekat.

Sementara itu, menyentuh mengenai projek terbarunya, KWSB mengumumkan koperasi itu akan membangunkan kampung budaya di Kedah dengan konsep homestay di atas tanah seluas lima ekar dengan kerjasama Koperasi Bina Usahawan Utara Berhad.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .