Home » , » Helah Penceroboh Menyamar Sebagai Orang Awam

Helah Penceroboh Menyamar Sebagai Orang Awam

Written By Unknown on Thursday, March 7, 2013 | 11:33 AM

Seorang penceroboh bersenjata dipercayai mati ditembak ketika cuba menyerang hendap pasukan keselamatan pada hari kedua Op Daulat di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pagi semalam.

Bagaimana pun pengganas yang ditembak itu sempat dibawa lari oleh rakan-rakannya yang lain, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Ismail mengesahkan kumpulan penceroboh kini menyamar dengan berpakaian seperti orang awam untuk melepaskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan.

Dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, pasukan polis dan tentera yang meneruskan operasi susulan dan penggeledahan ditembak oleh kumpulan pengganas itu, sebelum pasukan keselamatan membalas tembakan.

“Seorang musuh telah ditembak,” katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Ismail juga mengesahkan tiada anggota pasukan keselamatan negara terkorban atau cedera dalam operasi semalam.

Kawasan operasi kini diperluas setiap dua kilometer berikutan pasukan keselamatan mengesan kumpulan pengganas sedang bergerak ke tempat-tempat tertentu.

Ismail sekali lagi menasihatkan penduduk di kawasan sekitar agar berhati-hati dan dapatkan  maklumat di pos taktikal pasukan keselamatan dan balai polis berdekatan.

“Saya minta kerjasama orang ramai agar tidak cemas walaupun musuh bergerak lebih luas kerana pasukan keselamatan masih mengawal,” katanya. - Bernama

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .