Home » , » Panas - Artis Perempuan Cederakan Suami

Panas - Artis Perempuan Cederakan Suami

Written By Unknown on Thursday, March 21, 2013 | 11:11 AM

Macam-macam telah berlaku..yang dulu belasah suami dan sekarang cederakan suami..

PELAKON Sharifah Nadia Yusnita Abd Hanif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap pertuduhan sengaja mendatangkan cedera kepada bekas suaminya tahun lepas.

Sharifah Nadia Yusnita, 32, didakwa sengaja mendatangkan cedera dengan mencakar tangan Lob Mahadir Abdul Syukur, 40, seorang ahli perniagaan di Dewan Tan Sri Jeffrey Chia, Sekolah Kebangsaan Chee Wen, USJ 1, Subang Jaya pada 10.30 pagi 25 November 2012.

Pelakon yang pernah membintangi filem 'Diari Romeo' itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Hezri Shaharil menetapkan 22 April untuk sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Saphirra Selamat manakala Sharifah Nadia Yusnita diwakili peguam Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.

Peguam M.K.Thas hadir selaku peguam pemerhati bagi Lob Mahadir. - Bernama

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .