Home » , » Kenapa Anzalna Ceburi Perniagaan Online ?

Kenapa Anzalna Ceburi Perniagaan Online ?

Written By Unknown on Tuesday, March 26, 2013 | 10:18 AM

Sudah ramai artis yang menceburi bidang perniagaan bagi menambah pendapatan ataupun sebagai persediaan jikalau kurang job di dalam bidang lakonan..

Biarpun sibuk dengan karier lakonannya yang kini semakin mendapat perhatian umum, demi minat pelakon Anzalna Nasir merealisasikan impiannya menceburkan diri dalam perniagaan fesyen wanita yang diberi nama, Hermanas 5.

Menurut bintang Bangkitnya Seorang Perempuan ini, butik online yang baru dilancarkan awal Mac itu diuruskan bersama keluarganya.

"Alhamdulillah, walaupun masih baru namun sambutan yang saya terima setakat ini amat bagus. Sejak dari dulu lagi yang memang berhasrat untuk memiliki perniagaan seperti ini memandangkan saya minat terhadap bidang fesyen.

"Dari segi harga baju-baju yang kami jual tidaklah begitu mahal dan mampu dimiliki semua.

"Buat masa ini kami hanya akan menjalankan perniagaan online. Jika sambutan semakin baik mungkin kami akan memikirkan untuk meluangkan lagi perniagaan ini," katanya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .