Home » , » Labur Duit Sendiri Demi Konsep P Ramlee - Jamal

Labur Duit Sendiri Demi Konsep P Ramlee - Jamal

Written By Unknown on Tuesday, March 26, 2013 | 10:33 AM


Kalaulah ramai lagi artis macam Jamal ini ,kira baguslah..
Walaupun terpaksa mengeluarkan modal sendiri untuk menjayakan konsert solo beliau yang akan berlangsung di pentas berprestij Istana Budaya (IB) bermula 30, 31 Mei, 1 dan 2 Jun ini, namun penyanyi yang dikenali sebagai Raja Pop Malaysia ini tidak menjadikan perkara itu sebagai alasan konsertnya nanti sekadar tangkap muat sahaja.
Menurut pelantun lagu Azura ini, konsert yang diberi nama Konsert Ekstravaganza Jamal Abdillah - P Ramlee Dalam Kenangan itu amat penting bagi dirinya sendiri.
Akui empunya nama Jamal Ubaidillah ini, bukan sekadar berperanan menyambung legasi seniman tersohor berkenaan sebaliknya, konsert ini sebagai tanda penghargaan kepada jasa dan pengorbanan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

"Memang kos untuk menjalankan konsert ini tinggi memandangkan semuanya saya tanggung sendiri di bawah syarikat saya, Bintang Channell.

"Setakat ini tiada sebarang tajaan yang saya terima dan jika ada sesiapa yang mahu menghulurkannya, saya mengalu-alukannya," katanya di sidang media konsert tersebut di IB.
Mengulas lanjut mengenai konsert ini, ujarnya, biarpun terpaksa menggunakan wang hasil titik peluh sendiri selama bergelar penyanyi, dia puas kerana punya misi sendiri.

"Konsert ini bukan kerana keuntungan semata-mata, namun apa yang menjadi objektif utama, karya beliau akan terus dihayati dan diingati peminat muzik.

"Sementelah lagi, ia perlu dalam meneruskan legasi beliau dalam masyarakat kita sendiri.

"Selain itu juga saya memilih untuk mendendangkan lagu-lagu beliau kerana amat mengagumi karya di samping saya sendiri peminat setianya," katanya yang sudah empat kali melakukan konsert di IB sebelum ini.

40 tahun pemergian P Ramlee

Dalam pada itu, penyanyi berusia 53 tahun ini memberitahu, konsert tersebut turut diadakan sempena 40 tahun pemergian P Ramlee yang mana ulang tahun kelahirannya jatuh pada 22 Mac lalu.

"Beliau seorang insan yang amat berharga dalam industri seni tanah air, sebenarnya sudah lama saya simpan dalam hati untuk mengadakan konsert sebegini, namun masih belum berkesempatan.
"Jadi, saya harap konsert ini dapat direalisasikan dengan baik dan lancar," katanya sebanyak 33 lagu akan dipersembahkan nanti.

Konsert ini turut diiringi 55 pemuzik orkestra yang mana 25 darinya terdiri dari pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan diterajui oleh Leonard Yeap sebagai pengarah muzik.

Di aju pertanyaan mengapa memilih pelajar UiTM mengiringi konsertnya, jelas Jamal, dia mahu memberi peluang kepada pelajar berkenaan bersamanya merealisasikan konsert ini.

"Saya yakin mereka mampu melakukan yang terbaik untuk konsert ini, lagipun, kita telah mengadakan uji bakat memilih pemain orkestra yang terbaik sahaja," katanya konsert ini akan menyelitkan lapan buah segmen seperti Pancasitara, Pop Yeh Yeh, lagu-lagu duet dan lagu-lagu jenaka.

Cipta kejutan

Selain mendendangkan 33 buah lagu sambil menayangkan klip-klip video lakonan P Ramlee ketika hayatnya, Jamal berkata, konsert yang bakal berlangsung selama dua jam itu bakal memberi kejutan tersendiri kepada penonton.

"Yang pasti konsert ini akan membuatkan penonton tersentuh mengalirkan air mata.

"Ia pasti membuai kenangan mereka, saya yakin bukan sedikit yang akan menangis nanti, lagi pun itu sudah menjadi kepakaran saya," katanya turut mengundang penyanyi jemputan seperti Musly Ramli, Isma Aliff, Azlina Aziz dan Nas Adila bagi menyerikan lagi konsert ini.

Sementara itu, konsert ini turut menjemput cucu seniman agung itu, Najua sebagai penampilan khas.

"Saya bercadang hendak berduet sebanyak empat buah lagu dengan Najua," katanya turut mengundang anak yatim bagi membuat persembahan lagu Tolong Kami, Bantu Kami nanti.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .