BERMULA dengan YouTube, kini bakat baru, Gabrielle Aplin bakal muncul dengan album sulungnya, English Rain.
Namanya mula menjadi perhatian menerusi penampilan pertamanya di kaca televisyen dalam sebuah rancangan dengan menyanyikan semula lagu The Power of Love nyanyian Frankie Goes.
Difahamkan, sejak Februari lalu, Aplin telah menandatangani perjanjian bersama label rakaman Parlophone dan merakamkan album pertamanya yang dijangka akan dilancarkan pada 13 Mei depan.
Menerusi album tersebut, sebanyak 12 buah lagu baru dimuatkan dan kesemua karya itu adalah hasil sentuhan Aplin sendiri.
"Untuk menghasilkan album ini sememangnya banyak masa yang diperlukan dan saya sendiri telah melalui proses awal iaitu menulis serta rakaman dan akhirnya ia siap sepenuhnya.
"Sudah tentu saya tidak sabar menunggu album ini dilancarkan dan mendengar sendiri respons yang akan diberikan pendengar nanti," katanya.
Selain daripada itu, Aplin turut mengumumkan bakal melakukan konsert jelajah secara besar-besaran bermula November depan.
0 ulasan:
Post a Comment